Sunday, December 7, 2014

Pengakhiran dan Permulaan 2014

Assalamualaikum semua..Aku tanya apa khabar, semua?

Hampir setahun tidak menjenguk belog "tersayang". Al-maklumlah, sibuk menggalas tugas sebagai seorang isteri, ibu, dan pelajar sepenuh masa. Sampaikan tidak sedar  dalam beberapa ,minggu saja lah kita akan melangkah ke 2015. Cepatnya masa berlalu...

2014 merupakan tahun paling bermakna bagi diri Meen bila dianugerahkan seorang cahaya mata lelaki. Anakku mengenal dunia pada tarikh yang sama dengan tarikh lahir ku. =)) Syukur alhamdulilah, anakku sehat dan sempurna. Dan kini dia sudah berusia 9 bulan. Nak belanja gambar Baby...

Baby dengan makanan tidak boleh dipisahkan

Ini masa Baby berusia  8 bulan


Kali pertama Incik Suami pegang Baby 
Hari ke-2 sebelum keluar wad

Friday, September 27, 2013

Rindu Berbelog!

Hai & assalamualaikum awak2 semua..

Bismilahhirahmanirahim.... sumpah rindu nak berbelog balik! Dah lama sangat xupdate, sampai dah hilang semua skills nak menaip dekat sini. Haha... =)) Tengah menaip sekarang pun rasa ketar-ketar jew, nervous semacam. Hihi... =p Dah lupa dah, last entri aritu, i bebel pasal apa.

Hmmm...ayuh kita lupakan kisah dolu-dolu untuk selamanya! Now, let's talk about new life! NEW LIFE? YES, NEW LIFE!!! My new life is super duper awesome coz i'm going to be "SUPER MAMA MIA"! Oh, yeahhhhh!! It's damn true u'olss.

Alhamdulilah, setelah Allah S.W.T menguji i dengan bermacam-macam ujian, akhirnya Dia jugalah yang  telah memberikan kemanisan di sebalik kepahitan dan kedukaan itu. Bila difikir balik, rupa Allah sengaja menguji kita sebab Dia nak tahu sejauh mana kita mampu bertahan dan bersabar. Betul x?

Sekarang nie, i sudah punya lelaki kegemaran dan kesayangan dunia akhirat, In Sha Allah. Semoga Allah memanjangkan jodoh kami sehingga ke syurga, AMIN. I rasa, cukup bertuah sebab i dah jadi pelengkap tulang rusuk husband i, weeeeeeeeeeee.. =)) Dan xlama lagi new life akan berubah lagi sebab kami akan jadi "Mummy & Daddy" tahun depan. Doakan kesejahteraan "little Meen & May" okay?
Love you guys, see you in the next entry.

shoot outdoor lepas akad nikah.

merenung ke lesung pipi, kekasih hati! Hiiiiii... =))
Akhirnya i dapat pegang tangan dia dengan sah! 

Thursday, April 11, 2013

Mengundi Pilihan Saya!

Hai  & assalamualaikum semua...
Apa khabar semua? Korang semua sudah bersedia nak mengundi 5 Mei nanti? Dah fikir parti mana yang hendak di undi? Pendapat individu, i akan undi platform yang sedia ada. Buat apa nak tukar-tukar kerajaan lagi? Yang akan datang belum tentu lagi lebih baik. Bukan takut kan perubahan, tapi sudah bersyukur dengan apa yang kita ada sekarang.
 
Kita dah dapat macam-macam kemudahan dan macam-macam kelonggaran. Tapi kalau xnak bersyukur lagi i xtau lar nak cakap apa lagi. Memandangkan 5 Mei nanti adalah kali pertama saya akan mengudi, jadi perasaan gugup tu ada jugak lar. Minggu lepas i ada balik kampung, di merata-rata tempat bendera kerajaan dan pembangkang ada di mana-mana sahaja. Wowwww, this is osemm kan?
 
Nampak nya persaingan antara parti sungguh sengit. I juga ada terbaca di laman-laman sosial yang mengatakan tahun ini adalah tahun paling sengit dalam sejarah setakat ini kerana kesemua parti mengguna kan laman sosial untuk mendekati dan memancing undi.
 
Tak kira lah mereka nak mengguna kan laman sosial ke x, itu semua cara dan strategi masing-masing. Kita semua ada hak untuk memilih dan tidak. Kita kan berada di dalam negara demokrasi. Tak gituuu?
 
Ok, sekian..                                                                                                      

Wednesday, March 27, 2013

Throwback Kundasang -Part 1-


Hai & assalamualaikum...

Dah few weeks rasa nya i xupdate blog kan? Okay, malam nie saja nak throwback pergi Kundasang bulan Januari lalu. We'olls pergi 7 orang semuanya. Sampai saja di airport Kota Kinabalu, kami terus ke Kundasang. Walaupun sebelum tu kami ada masalah sket tentang sewa kereta, tetapi plan kami untuk ke sana perlu diteruskan. Perjalanan dari K.K ke Kundasang mengambil masa dalam 2 jam lebih. Jalan nak pergi ke Kundasang agak bersimpang-siur jgak, plus jalan berbukit. Ala-ala jalan dari Kelantan ke Gerik gituuuu lar...

Sepanjang perjalanan, i xdapat nak tidur walaupun agak penat. Kononnya nak menikmati keindahan alam semulajadi. Subhanalllah, semakin dekat dengan Gunung Kinabalu, pemandangan semakin mengagumkan! Kuasa Allah, yang maha Kaya dan Maha Besar, udara plak semakin sejuk siap berkabus-kabus lagi  sebab masa tu lepas hujan. Kami sampai dekat sana pukul 3 tengah hari, tapi suhu masa tu 16 darjah celcius. Kira nya lagi sejuk dari Genting atau Cameron kot.


View Gunung Kinabalu dari chalet kami sekitar 6 pagi.
Bila sampai je di pekan Kundasang, kami terus mencari tempat untuk kami tidur, iaitu diKiram's Village Chalet. Kira-kira dalam 5km dari pekan Kundasang. Chalet nie sangat cantik!!! Serious rasa teruja giler tengok kawasan dia. Rasa nak pindah sini terus, hahaha... :) Peringatan, chalet nie tiada kena mengena dengan pengganas tu, okay?


Ayam bakar dengan madu super sedappp!! 

Dah angkut-angkut barang dan solat semua, kami ke pekan untuk melahap setelah seharian xmakan nasi. Pekan Kundasang nie xbesar mana pun, tapi boleh lar setakat nak beli keperluan asas tu. Kalau nak shopping memang ini bukan tempat nya. Sebab yang paling standard pun KFC, yang baru seminggu di buka masa we'olls sampai sana.

Settle makan-makan dan meninjau pekan, kami balik ke chalet. Malam nya, kami ramai-ramai masak. Dan ketua chef we'olls, Najmi! Dia masak cucur, buat air teh semua. Pastu masing-masing makan megi cup. Sebab, nak keluar ke pekan memang xkan berani lar kot.

Kedai sayur-sayuran segar yang dijual di tepi jalan. Ala-ala dekat Cameron, gituuu lar.
Lepas dinner, we'olls berkaraoke tau! Yang kelakar nya, masa nak pilih lagu, bukan tekan2 dengan remote untuk pilih kod lagu atau artis, tapi semua list lagu ditulis dalam sebuah buku sekolah. Agak tradisional di situ ya? Jadi buku tu akan di passing kepada semua orang bila nak cari kod lagu. Hah, bila u'olls dah jumpa lagu yang korang nak, tulis dalam sekeping kertas dan pergi bagi dekat abang yang jaga pc untuk pasangkan lagu yang di minta. I rasa cara macam nie mesti xada dekat tempat lain kan? Semua manual, you! :p

Dah penat karok dan gelak-gelak bagai, kami balik ke chalet memandang kan suhu makin sejuk! Sampai menggigil bila terkena air. Nak kencing pun kena tahan, bila memikirkan air yang sejuk dan menyebabkan tangan boleh kebas  bila lama-lama pegang air. Heater pun xrasa panas bila suhu terlalu sejuk. Tidur malam, peluk-peluk dengan Farah dan Efa! Bersambungggggggg......................


Berlatar belakang kan Gunung Kinabalu, #6 pagi

view di Kiram's Village Chalet

Sebelum tinggal kan chalet kami.

Sumber gambar dari Najmi. :)

p/s: U'olls nak tahu lagi tempat yang menarik di Kundasang? I akan sambung di part yang ke-2. :)

Sunday, March 17, 2013

Jogging di Tasik Shah Alam

Hai & assalamualaikum...

Heyyyyyyy... petang tadi i pergi jogging dekat Tasik Shah Alam tau! Dan tadi adalah kali pertama i jogging dekat situ, even dah hampir setahun setengah belajar dekat sini! Giler terukkkkkk kan? Nampak sangat i pemalas kalau bab2 bersukan nie bila dah dekat uni. 

I sampai sana tadi dalam pukul 6 petang dengan Farah, Pjo, dan Acik (bakal kakak ipar). Lepas buat warming-up bagai, terus kami terus mula keliling tasik. Tapi semangat nya xde lar membara mana pun, sebab kami banyak berjalan dari jogging kot! Ala, macam join acara jalan kaki jer, sebenarnya. Feeling je lebih-lebih. Hahaha..

Suasana dekat tasik tadi meriah sangat, dan orang pun agak ramai. Nak cari parking pun susah. Masa tengah jogging boleh terlanggar-langgar kalau u'olls x berhati-hati. Even macam tu, ada part yang best kot! Bagi yang masih single, u'olls boleh pergi cari jodoh dekat sana. Sebab i tengok tadi ramai je belia yang gagah perkasa dan cun-melecun lepak dekat sana. Pastu bila orang lalu depan dia, mula lar buat bunyi pelik2. Oh, sungguh tidak fahammmmm. Haha..

#ACIK #ME WEIRDO FACE #PJO #FARAH
Alang-alang dah cerita pasal sukan nie kan? i nak lar share sket pasal sejarah i dolu-dolu. Masa sekolah rendah i aktif sukan jgak lar. I join lompat tinggi dan team bola jaring untuk pasukan sekolah tau! Tapi bila dah masuk darjah 6, i terus berhenti sebab mak i xbagi. Konon lar, mak suruh i fokus UPSR kan? Tapi masa tu, xde lar fokus sangat kalau setakat dapat 2A 3B! Ohhhhh.... malu nya dengan kawan-kawan masa tu! Okay, itu cerita sekolah rendah. 

Masa sekolah menengah plak, masa form 1 dan form 2  i dengan kawan baik i, Farah ade join pasukan badminton sekolah tau. Dan kitorang dapat tempat ke-2 dalam acara beregu masa form 2. Form 3 plak, cikgu ada suruh join jgak, tapi ktorang dah xberminat. Sebab masa tu budak2 tengah nak up kan? Leceh lar join2 sukan, nampak xsamseng lar kan? #samseng lar sangattttttt.

Okay, masa part 4 diploma i ada join bola jaring untuk wakil fakulti. Maklum lar, masa tu xde orang nak join, so nak xnak i pun join untuk cukup kan team. Sedih x? Dalam beribu orang dalam fakluti tu, semua xberminat. I wonder why??? Walaupun team ktorang team tangkap muat je, tapi kira hebat jgak tau,! Sebab kami JOHAN wei, sukan antara fakulti ketika tu. Gambar lepas habis game time tu, i ada simpan lagi kot untuk kenangan anak cucu, nanti. Hehehe... =D

Bila dah degree nie, masa part 3 i join team cheerleaders untuk wakil kolej. Masa tu i terpilih untuk wakil  untuk SUKOL. Punya lar kami training 3x seminggu, hampir 4 bulan. Dan2, bila dah 2 minggu nak bertanding, sekali acara tu dibubarkan macam mana entah. Punya lar kami dan coach kami kecewa. Sebab dah nak g pilih suit semua, kot. Since kejadian tu, i dah malas nak join apa2 aktiviti yang berkaitan dengan kolej. Cuma sekali sekali, kalau bosan  atau tension i pergi gym or main badminton dengan kawan-kawan i. 

Sekian, terima kasih.

Wednesday, March 13, 2013

My Belated Birthday

Hai & assalamualaikum..

Tick-tock, tick-tock, dalam sedar xsedar i dah 23 tahun pada 3 Mac yang lepas! Even dah 23 tapi i nampak muda than my ages, right? LOL! =D 

Syukur alhamdulilah kerana Allah masih lagi memberi i peluang untuk menikmati kebesaraan Nya. Dari alam roh sehingga kita kembali kepada Nya, Allah sudah mengetahui di mana kesudahannya. Walaupun itu semua rahsia Allah, tapi i selalu berdoa dan berharap Dia telah merancang yang terbaik untuk masa hadapan i, Amin.... :)

I jgak nak berterima kasih kepada semua orang yang menge"wish" birthday i yang lepas sama ada mesej dekat hp atau kat fesbuk @ twitter. Siyes mak rasa terharu, nok! Sayang u'olls.

i wish all my dream will come true, AMIN.

Nampak muka suprised x? =D
THANK YOU, Anis, Syira, Soba, Jai & Yana
Three sisters! Nas, Soba & Me

Kak Nas

THANK 4 ALL THE PRESENT SAYANG! I'M REALLY LOVE IT.

THANK 4 THE T-SHIRT & WHISTLES, DIK! :)

THANKS 4 THIS, MY FRIENDS!

Me? Yes.. this is me after the Broadcast Journalism (BJ) class.

Friday, March 8, 2013

My E-Day :)

Hai & assalamualaikum...

Disebabkan kesibukan dunia dan masa yang sering mencemburui, rupanya dah sebulan lebih i xupdate blog kan? Dalam masa sebulan lebih nie, macam-macam peristiwa pahit dan manis terjadi dekat i. Tapi, yang pahit-pahit tu i nak share dekat sini, nanti xseronok lar kan? Baik kita share benda yang boleh buat orang tersenyum je kan? Heeeeeee..... :D

Wokeyyy... saat yang manis yang baru je terjadi masa i lama berdiam hari tu adalah my E-DAY! Wowwww! Itu adalah hadiah hari jadi yang terbaik dalam hidup kot! I'm going to be MRS Azman youuuu! :)) Alhamdulilah majlis tu berjalan dengan lancar dan i sangat terharu, okay? 

Rasa macam keawan-awangan pun ada hari tu. Even majlis tu hanya dihadiri oleh keluarga dan sahabat terdekat je, tetapi i tetap bersyukur dan gembira. I  never expect my relationship with him finally official. Hihihihi... :D Dan in Shaa Allah, tahun ini jgak i dengan dia akan ke next level. Ehemmmmmm..... :)

tengah tunggu orang tua berbincang, heee.. :)

muka terharu lepas dapat cincin! LOL

Hadiah untuk i, ehemmm...
Truly friends (Farah, Suhada & Sakina)

Truly friend with her BF (Yean & Tom)
My loving & supporter sista!
 My future family & my family. Ehemmm... *nervous duk sebelah mother in law tau.
*Thanks for every single thing everyone! LOVE YOOUUUU R.A! 

Monday, January 28, 2013

Blouse & Peplum -ALL SOLD OUT-

Hello readers...

Kali ini i nak tolong promote blouse dan peplum yang kakak sedara i jual. Harga nya berpatutan dan trendy. U'olls boleh beli kan untuk diri sendiri, family, atau kawan-kawan. Blouse dan peplum nie sesuai untuk dipakai dalam majlis formal atau tidak formal. Kalau berminat u'olls boleh email terus dekat i meenramsa@yahoo.com atau kalau nak add facebook dia terus, tekan je link nie. :)  https://www.facebook.com/kuzia79?fref=ts 

3D Peplum size S-L
3D Peplum size S-L
Tribal Peplum size S-L
 Chiffon Peplum size S-L
Tribal Blouse size S-L
Tribal Blouse size S-L
*Sample

Flora Blouse size S-L
*Sample
*Sample

Blouse 2 layer FREE SIZE

Blouse 2 layer FREE SIZE
Blouse 2 layer FREE SIZE


*Sample
Blouse 2 layer with rose FREE SIZE

Blouse 2 layer with rose FREE SIZE

Blouse 2 layer with rose FREE SIZE
Blouse 2 layer with rose FREE SIZE
Blouse 2 layer with rose FREE SIZE