Sunday, April 17, 2011

Berjimba-jimba Lepas MUET!

Semalam, lepas selesai paper MUET i, Nas, Soba, Aisyah & Mizi (classmate Soba & Aisyah) keluar ke Melaka Central untuk beli tiket balik kampung hujung bulan nanti. Excited je bila dah beli tiket ni, hihi...:)) Kami semua pergi dengan kereta baru Mizi. Terima kasih sebab baik hati tumpangkan kami ke Melaka semalam ya??

Lepas beli tiket, kami makan dekat Ani Sup Utara dalam MC tu. Perghhhh.. sedap sup dia!! I makan sampai nak muntah-muntah sebab terlalu kenyang. Nasinya dah lar banyak, lepas tu sup pun banyak. Disebabkan xnak membazir lah i makan sampai jadi macam tu. Nasi macam biasa, kalau dah tinggal sejemput tu mesti xhabis lar jawab nya. I cuma habiskan sup dengan air je, haha...:)

Bila semua dah kenyang, kita orang buat decision untuk berjimba-jimba sekejap kat Dataran Pahlawan. Hehe. ...I LIKE it!! Sampai sana, kami ke GSC usha tiket wayang jap. 1st nak tengok cerita "Just Go With It" lakonan Adam Sandler & Jennifer Anniston tapi, kena tunggu lama sebab paling awal masa tu pukul 9.30 malam. Memang xlar kan nak tunggu pukul 9, mau lebur dulu kami dekat situ sebab masa tu baru pukul 3.45 petang. Bila dah counting2 semua, kami pilih cerita "LIMITLESS" lakonan mamat hensem, Bradley Cooper  (Edward Morra) & awek cun, Anna Friel (Mellisa).

Dah beli tiket, kami pusing-pusing dulu dekat DP tu sementara pukul 5.30. Sempat la shopping sekejap hikhik...seronok menghabiskan duit mentang-mentang kak long baru masukkan duit kan?? Hehehe.. tq big sista.. Macam biasa, i beli kasut baru & handbag baru again,again & again!!! Dan paling best semalam Nas, kawan baik kite tu, belikan satu lagi handbag untuk hadiah birthday kite. Jadi, ada 2 handbag baru, yeahhhhhh!!! Terima kasih Cik Nas Jasman, sayang kamu..

Bila dah shopping xingat dunia, kami dah terlambat. Movie start pukul 5.30, tapi kami sampai dalam pukul 5.40 kot dalam tu. Yang xleh blah nya, kami 1st time kena tahan dengan abang2 yang jaga tiket tu! Sial betol! Dia cakap nak tengok ic Soba & Aisyah sebab movie tu 18sx. Dia ingat Soba & Aisyah xcukup umur lagi. Geram jew sebab dah lambat, kena tahan plak, makin lambat jadi nya! Sabor jew lahhhhhh..

Nasib baik, masa tu, baru nak start intro. Movie nie pasal Edward Morra seorang penulis yang xde life sangat. Hidup dia xterurus lepas tu awek dia, si Mellisa tinggalkan dia plak..  Macam dah jatuh ditimpa tangga mamat nie!! Tapi, semua nya berubah bila dia terjumpa dengan bekas adik ipar dia, Vernon. Si, Vernon ni beri  dia sebiji pil yang dipanggil NZT dipercayai boleh mengubah hidup seseorang. 1st dia xnak telan ubat tu, tapi atas dasar rasa ingin mencuba dia telan pil tu. Dalam masa beberapa saat jew, dia terus rasa macam semangat, rajin & jadi genius kesan pil tu. Start dari situlah permulaan cerita pasal si Edaward iaitu daripada seorang penulis yang biasa-biasa, sampailah dia menjadi popular disebabkan "kegeniushan" nya sehingga dia dicalonkan menjadi senator AS. *Kalau betol ada pil macam ni mesti semua orang dalam dunia nie genius. Ak pun nak!!! Penat dah mengulas pasal movie nie, jadi kalau anda semua nak tahu lebih lanjut pergilah ke panggung wayang berdekatan dengan anda, mesti berbaloi lah pendek ceritanya!! *Iklan sekejap...

Habis tengok wayang dalam pukl 7.20, terus balik penat sangat!! Sampai rumah, tengok tv  kejap, mandi, makan & online sampai pukul 1 lebih lepas tu semua tidur terbongkang, hahaha..:)   
Nas, Soba & Me (muka hepi sbb dapat & beli handbag baru)  ^__^

Soba, Aisyah & Me!
GSC

kasut nie dibeli utk match dgn handbag Nas bg!

i love the design & the colour..:))

2 in 1



4 comments:

  1. Henry, jom dtg melaka!! hehe..:)

    ReplyDelete
  2. sy boleh je dtg.. takot awk x kenal je.. silap2 buat x nampak je sy nie..hehe :)

    ReplyDelete
  3. kalau mcm tu dtg jew, i tunggu taw! hehe..:) tp, be4 dtg kena la bgtau sy dulu...

    ReplyDelete