Tuesday, June 14, 2011

Takziah Nas.. :(

Eeeeee... arini i bangun pagi taw! Nak tahu x bangun pagi i pukul berapa kalau dekat rumah sewa ni? Pukul 9 tu kira pagi lah kan? Kalau duduk rumah bangun pukul 9, memang nak kena sepak + bebel dengan mak ak lar jawab die! Kira tu kelebihan duduk rumah sewa, hikhik...:)

Selalunya i akan bangun pagi dekat rumah sewa ini kerana ada sebab lar, kalau x lebur sampai pukul 12 or 1. Paling lewat bangun masa dekat rumah sewa ini pukul 3.30 petang! Haha.... tu kira catat sejarah dalam kamus hidup setakat ini. 

Owhhh.... lupa plak nak bgtahu, i bangun awal hari ini sebab Nas kejut. Mula2 dengar orang panggil nama i, ingatkan macam dalam mimpi, kira mamai lar masa tu. Tapi, bila dah dengar 2,3 kali orang panggil nama "Meen, Meen, Meen..." i bukak lar mata dengan gagahnya, haha..:)  Buka mata jew tengok Nas dah siap pack barang nak balik kampung. I ingatkan die nak balik awal dari i dah, baru nak merajuk taw! Sebab da janji dengan die esok baru sama- sama balik rumah sebab khamis die xde kelas. 

Rupanya die kejut i sebab nak bgtau nenek sebelah ayah dia meninggal dalam pukul 2 semalam. Itu yang dia nak balik kampung dengan abang dia. I plak pikir macam2 masa tengok bag die tu, adoiiii...sengal betol!!  Nas, takziah untuk kau dan semua family kau taw, ak hanya mampu sedekah al-Fatihah dari bilik kita nie. Nampaknya ak akan mereput seorang diri hari ini tanpa kau dan Soba di dalam bilik kita, sayu nya...:(


p/s: Takziah untuk Nas & Keluarga, Al- Fatihah..

1 comment: