Sunday, July 10, 2011

Andai Aku Seorang Penulis

Gedik giler kan tajuk entry ak tu! Sumpah berangan giler lar "Meen" nie!! Erghhhh.... menyampah rasa nya! Tapi, suke hati ak lar kan nak tulis apa pun dekat blog ak, Bukan guna blog mak bapak kau or sedara mara kau. Nak tahu kenapa tiba-tiba ak nak jadi seorang penulis? Eh, malu lar kite nak cerita, hahaha...*nada gedixxxx

Cenggini cerita nya, petang tadi tetiba i berfeeling2 baca novel "Andai Itu Takdirnya" masa tu r timbul perasaan alangkah best nya kalau ak bleh jadi seorang penulis yang sehebat penulis novel nie! Perghhh.. melalui bacaan jew kita boleh meleleh air mata beb! Jalan cerita dia sangat menarik! Macam ak plak yang memegang watak Aleya tu! Nak meleleh hingus ak masa baca citer neyhhhh.... Adakah ak memang feeling habis masa baca novel tu atau penulis nie yang pandai bermain kata-kata?

Hadoiiii...malu nak mengaku dengan anak cucu nanti, ak menangis sebab baca novel cinta. Shame on me!! Actually, novel nie dah lama. Kawan ak dah berpuluh kali baca novel nie, cuma ak jew yang baru berminat nak baca memandangkan ak bosan giler hari ini sebab mereput di rumah sewa sepangjang hari. Bunyi nya agak LOSER kan? Tapi, memang LOSER bila  menghabiskan sisa hujung minggu tanpa membuat perkara yang berfaedah kan? Sabo jew lahhhh.... Dah nasib badan nie hah.. Nak kuar ngedate2 macam orang lain pun xde boypren plak kat sini. Boypren jauh nun disana!!! Kalo nak  kuar  dengan skandal2 itu jauh sekali, lar yong!! Sebab memang xada dalam diari hidup! So, ak mereput jew lar bersama2 housemate kesayangan ini...

 Back to our topic, andai lar ak seorang penulis lar kan! ANDAI jew lar, bukan betol2 pun. Sebab ak tahu ak xlayak.* siapalah ak? Agak2 cerita apa yang ak nak karangkan nanti? Mestilah ak nak tulis cerita pasal ak kan? Xkan ak nak cerita pasal kau plak? Xde keje benor lah ak nk cerita pasal orang lain. Lagi pun ak percaya, orang suka lah cerita yang based on true story nie.  

Wahhhh, alangkah indahnya dunia kalau boleh keluar kan novel sendiri...pemes weiii! Lepas tu bleh buat fan page sendiri, auwwwwwwwwww.... Mak akan terasa macam seorang RETISSSSSS lar nanti! LETOPPPP U'OLLS!! Kalau betol lah ak jadi seorang penulis, ak akan ubah lar nama watak dalam cerita tu! Xde lar ak nak letak nama sebenar seketul dekat situ kan? Kang ada plak yang kena saman nanti.. Ter"excited" plak bila berangan nak jadi penulis nie, haha..:)

okay, bye!!

No comments:

Post a Comment