Friday, August 12, 2011

1,2,3,4,5,6!

Selamat pagi you all!!1st time ak mengigihkan diri meng"update" blog time ni. Eh, jap! Betul ke 1st time? ak tak sure sangatlah, jadi persetankan semua itu. Tadi lepas sahur terus tak boleh tidur sebab semalam ak tidur awal dari kebiasaan. Ko rasa awal ke tidur pukul 12.30? Awal lar tu kan? Ak rasa sahur tadi adalah sahur ke 7 ak walaupun kita dah 12 hari puasa. Mana tak nya, hari-hari sebelum ini ak dengan roomates asyik lebur time sahur. Sedar-sedar dah pukul 8 lar, 9 lar. Tak kan ak nak sahur time tu kan? Itu dah lain macam kan? Hoho..:)

1,2,3,4,5,6,7,8,9,10,11,12,13,14,15,16,17,18,19.... okay dah meen! Jangan nak mencarut panjang-panjang. Cuba bilang balik, 1,2,3,4,5,6!!! Yeahhh, kira sampai 6 je tak payah nak kira panjang sangat lah. Ehemmm...ehemmm...ehemmm....sebenarnya ak saje mengira sampai 6 sebab itu adalah motif ak! Hmm.. motif untuk apa? Untuk ak kahwin lar, apa lagi. Takkan tu pun nak tanya ak? Tak tahu-tahu lagi ak dah merenyam?SIAL!

Haha...back to serious conversation, lupakan pasal nikah kawhin tu selagi tak dapat degree meen! Sebenarnya, lagi 6 hari untuk cheq balik rumah lar, sayang! Malam rabu nanti ak da nak balik Kelantan weii. Kau mampu balik awal macam ak? Tak mampukan? Sebab ak tahu kelas ak je mampu.

Padahal masa tu UiTM tak bagi cuti lagi, tapi ak peduli apa kan? Siapa suruh bagi cuti lambat sangatkan? Ada ke patut 26hb baru bagi cuti, lepas tu 5hb da start kelas. Gila kejap kan? Tak sempat pusing satu kampung ak kutip cukai dah nak kena balik Melaka balik! Oh, demmit! Disebabkan cuti mencemburui kami, jadi minggu last sebelum raya tu, ktorang awal-awal dah deal dengan lecturer BBM, sir Harith supaya bagi kami cuti awal. Kalau tak kami mogok tak nak buat quiz 2. Haha..;)

Disebabkan kami mempunyai lecturer yang baik hati dan berbudi pekerti lagi kacak bergaya, maka dia bagi kami cuti awal. Sayang Sir lebih lar macam ni.. :) Kau ada lecturer macam ak? Kompem tak adakan? Kalau ada, mesti kau pun balik  kampung awal jugak kan? Ye dok? Jadi, janganlah mencemburui kelas kami  DMC6B ya kawan-kawan!! K, bai..:)

kawan-kawan meh sini ak nak cerita sat! kalau hang rasa hang da hebat sangat jadi anak angkat, anak emas, anak ikan, anak orang kaya raya, anak jutawan, anak billionair ini adalah masanya untuk menunjukkan kehebatan anda! Meh lar derma sket dekat organsasi-organisasi yang memerlukan. Ini adalah event charity kami  anjuran"Masscom Part 6, UiTM Melaka" yang akan berlangsung pada 10 & 11 September 2011 di Kota A'Famosa *belakang Dataran Pahlawan. Jangan lupa ajak kawan-kawan, k? :)
*Sebenarnya pasal nak buat mogok tu, ak tipu je! Kau berani nak buat mogok dengan lecturer? Otak ang da bingai ke ape? Ke hang dah hilang akai  nie? Berani buat macam tu kan? Memang tak berani lar wei. Kiranya 3 minggu berturut-turut ktorang ada test BBM ni. Last week mid term hancur, minggu nie quiz 1 hampir hancur tapi sempat cover lagi, minggu depan quiz 2. Harap-harap jangan sehancur mid term dan lebih baik dari quiz 1. Sobssss...

2 comments:

  1. tak jeles sebab hakak da cuti lama sgt ni !! hahha btw meen..i folo u :p

    ReplyDelete
  2. alar, da lame eh akak cuti? jd meen yang kena jeles dgn akak lar macam tu. hehe..:) btw 4 following me, sis! ;)

    ReplyDelete