Friday, August 12, 2011

Aku Takut

Kau tahu apa yang ak takut dalam hidup ini? 

Aku paling takut bila suatu hari nanti, aku sudah tidak bernyawa,
Dan ketika itu aku tidak sempat untuk meminta keampunan dengan Allah..
Aku paling takut bila suatu hari nanti orang yang aku sayang meninggalkan aku,
Ketika mereka meninggalkan aku adalah saat paling buruk dalam hidupku...

Aku paling takut bila aku terpaksa melepaskan orang yang aku sayang,
Untuk kebaikan semua pihak..
Aku paling takut bila aku berkorban untuk sesuatu,
tetapi pengorbanan aku di sia-siakan..

Aku paling takut ketika Allah sedang menguji aku,
Tetapi aku tidak menyedari ujian itu..
Aku paling takut jika aku berkecil hati dengan orang lain,
Kerana aku akan berdosa dengan Allah kerana tidak meredhai dari ujian Nya..

Aku paling takut ketika aku sedang gembira,
Tetapi tiada yang menyedarkan aku bahawa gembira itu hanya sementara..
Aku paling takut bila aku tengah bersedih,
Tetapi tiada yang menemani..

Aku paling takut ketika aku hilang arah tuju,
 Tiada yang sudi membantu..
Aku paling takut bila orang yang aku percaya menikam aku dari belakang,
Saat itu aku merasakan aku lah orang paling bodoh!


Kita hanya mampu merancang, tetapi Allah yang menentukan segalanya.

p/s: Salam takziah kepada kawan saya Siti Aishah bt Aminuddin daripada DMC 6D yang baru kehilangan ibunya tadi. Banyak-banyakkan bersabar Cah hadapi dengan tenang, Al-fatihah.

2 comments:

  1. semua yang jadi ade hikmah!sabarlah...

    ReplyDelete
  2. betul tu. jadi kita perlu bersabar dan menerima ujian ini dengan hati yang terbuka..;)

    ReplyDelete