Friday, August 5, 2011

Dah Nak Kawen Da

Assalamualaikumm fellow dan selamat berpuasa. Hopefully you guys can get through this ''special month" with patient. Actually, tajuk entry kali ini tiada kena mengena langsung atau tidak langsung dengan sesiapa sama ada dengan yang masih hidup atau pun telah meninggal dunia. Ia sekadar untuk mengisi masa lapang tengah-tengah hari ini daripada ak teringatkan makanan. Haisshhh.. buka mata jer perut dah mula menyanyi lagu patriotik. Ini yang membuatkkan ak malas nak bangun awal-awal. Banyak dugaan jadinya...;)

Back to the topic, pernah x anda semua terfikir atau "berday dreaming" siapa yang bakal menjadi pasangan dalam hidup anda? Hmmm....penipu sangat kalau cakap xpernah kan? Hey, grow up people! Please don't cheating ourselves. Mengaku je lar pernah terasa macam tu kan? I pun suka berangan-angan pasal nie, tengok orang hensem sket terus melting, omaigod rasa macam nak tarik tangan dia jumpa tok kadi time tu jugak dan terus kawen dengan dia. Lepas tu kalau tengok plak orang bawak kereta besar dan berkerjaya terus terasa nak kawen dengan orang tu plak. Haishhhh... giler materialistik kan? High demand sangat pun susah jugak. Tapi, kalau dah jodoh memang bukan setakat tapak tangan ak tadah, lautan merah sanggup ak tadah lar der! Siapa nak tolak tawaran macam tu, meh bagi tahu ak sekarang jugak sebab ak rela jadi pengganti. Haha...

Tapi kan ada orang cakap, kalau kita asyik duduk berangan nak kahwin dengan orang kaya lar, dengan orang hensem lar mesti kita x akan dapat. Maknanya, "my dreaming will not come true ma''! Sob...sob..sob :( Lepas ini dah xnak buat macam tu lagi lah. Tunggu je siapa yang bakal menyarungkan cincin dijari kurus ini dan siapa yang bakal duduk sebelah den masa dekat atas pelamin nanti, auuwww....siapakah?  Mungkinkah Jared Leto atau Ian Joseph Somerhalder (Damon Salvatore) atau Hassan Iman Muda II??  krik...krik...krik... *tetiba bunyi cengkerik memerli ak, damn you peanuts!

Sepatutnya bukan hensem @ loaded @ berkerjaya @ romantik yang menjadi ukuran dalam pemilihan ini. TETAPI!! Iman yang menjadi ukuran pertama dalam memilih pasangan hidup kita. At least, carilah orang yang lebih matang dan boleh membimbing kita untuk kebaikan dunia dan akhirat. Kahwin nie bukan untuk 5 tahun atau 10 tahun je, tapi kalau boleh hingga ke syurga pun bersama. Selain itu, carilah orang yang boleh melindungi keluarga, mengormati kita dan keluarga, pendengar yang baik dan menerima segala kekurangan diri kita seadanya. Jangan duk complain je kekurangan diri kita, sedangkan diri sendiri pun belum tentu perfect lagi. 

Okay, dah habis berangan cakap pasal kawen-kawen ni, baik i pergi mandi dan siap-siap pergi kerja plak!  Buat masa sekarang, i sudah bersyukur dengan apa yang i miliki. K,bai. Selamat berbuka puasa semua...:)

*Meen, kau duk sebokk citer pasal tajuk ni dah kenape?Nak kawin bulan depan ke ape nie? Dah gataiii merenyam sangat nak kawen ke? Habiskan belajar sampai degree dulu lar sebelum citer hal nie. Banyak lagi kena belajar untuk menuju ke tahap itu. (bermonolog sendiri)!

2 comments:

  1. nanti che meen kahwin, nak jadi flower girl lah. haha.
    padahal gambar masa kecik sama2 jadi flower girl

    ReplyDelete
  2. haha... bleh2! aimi jd flower girl che meen, then che meen jd flower girls aimi plak! kenangan tu biler tgk pic yg kt sama2 jd flower girl tu,kelakar kot! hehe..:)

    ReplyDelete