Wednesday, August 17, 2011

Esok class cancel

Aku rasa baru 5 minit aku on fesbuk bontot pun xsempat nak panas lagi, dandan masa tengah usha home fesbuk, kawan ak update status dekat wall kelas esok kelas cancel! Perghhhhh... memang ak mencarut habis lar. Mana tak mencarut, kalau aku tahu macam ni, dari last week aku balik rumah kot! Bangang! 

Ak macam biasa lar nak balik minggu ni, tapi dari last week kemas barang. Excited tu lebih kan? Oh, memang perlu ada dalam setiap diri seorang pelajar seperti aku ni. :) Tapi yang ak agak geram kenapa baru malam ni baru nak cakap esok kelas cancel? *sighhhhhhhhhhh!

Dalam fikiran plak, kenapa lah tak bagi tahu dari hari Ahad ke, Isnin ke yang esok kelas cancel. Siot je kan? Dah lar masa kawan ak update status tu aku baru terhegeh-hegeh nak bukak buku lar bagai macam orang buta tengah mencari tongkat. Dan masa tu jugak ak baru je lepas mesej semua orang kot-kot diorang ada tips ke? Or ada jawapan terus untuk quiz 2 esok. Namun semuanya hampa sebab tiada clue langsug untuk quiz 2 esok. Memang mati! Kena study 1 by 1 nampaknya.

Macam quiz 1 last week, ktorang semua dah tahu soalan apa yang keluar sebab kelas lain dah jawab soalan tu. Kiranya quiz 1 soalan bocor lar jugak kan? Itu yang aku buat muka confident giler masa jawab sebab dah tahu soalan apa yang keluar kan? Hahaha...:) Tapi untuk quiz 2 nie, tiada seorang pun tahu soalan apa yang bakal keluar. Jadi, untuk kebaikan diri sendiri kena baca semua lar nampak nya, bai.

Pasal kelas cancel tu, kawan ak main-main je. Yang kelas cancel tu hanya gurauan semata-mata tiada kena mengena dengan yang hidup atau pun yang telah meninggal dunia. Hoho..:)  Dia telah menimbulkan kemarahan dan kontroversi dekat wall kelas untuk seketika. Aku rasa mungkin dia stress study, tu yang dia saja nak update status macam tu kan? Semua hentam dia kejap, haha.. Padan muka kau Lan, main-main lagi time saat getir macam ni kan?  Tapi sumpah gurauan kau menjadi Olan! Aku tabik lar kau!! :) Apa-apa pun esok kelas aku akan berjalan seperti biasa.K, babaiiii.....

SELAMAT MALAM SEMUA...

No comments:

Post a Comment