Tuesday, August 16, 2011

Jom Bergaduh!

Hah, siapa nak cari pasal, nak cari gaduh jom lar! Aku memang suka gaduh dengan orang.. :) *Okay kiding2! Actually aku nak cerita bab-bab gaduh ni. Manusia dan bergaduh memang tak boleh dipisahkan. Betul tak? Kita kawan-kawan ni memang ada lar kadang-kadang terkasar bahasa terlebih kata. Tapi, normal lar tu kan? Nobody perfect right? Tak payah nak ambil feel sangat lar! Sebab tak elok bergaduh ni lagi-lagi dalam bulan yang penuh keberkatan ni kan? 

Sepatutnya dalam bulan ni kita berlumba-lumba mengejar pahala, bukan mengejar dosa. Kita kenalah saling bermaaf-maafan kan? Bukan saling hentam-menghentam sesama sendiri terutamanya kawan baik kita sendiri yang dulu nya bagai belangkas ke sana ke sini bersama. Dandan, sekarang ni bergaduh pulok! Adeiihhh... memang tak faham. Si A syok mengata dekat si B. Si B pun syok mengata dekat si A. Dua-dua salah dalam situasi macam ni. Apa nak jadi lar, you all nie?  +__+

Kita ni dah sama-sama besar panjang dah akil baligh semua. Umur pun sudah semakin meningkat maka kematian semakin hampir dengan kita. Tak gitu kawan-kawan? Jadi, tak perlu lar kita nak bermasam muka lagi macam cuka yang dah expired empat tahun lepas tu. Bak kata Maria Elena, yo, chill lah.

Kalau orang dah mintak ampun mintak maaf tu, maaf je lar. Tak payah lar nak mendabik dada dengan tangan ke atas mata ke kiri kanan dan tunjuk ego yang kau dah menang bila orang lain terlebih dahulu meminta maaf dengan kita. Sedangkan nabi memaafkan umat dia, ini kan kita manusia biasa yang lemah lagi hina di mata Allah S.W.T. Nauzubilllah..

p/s: Marilah kita sama-sama membuang yang keruh dan mengambil yang jernih.

No comments:

Post a Comment