Tuesday, August 9, 2011

Muka Dah Kacak Tapi....

Assalamualaikum dan selamat tengah hari semua!! Akhir-akhir ini i selalu nampak dan terjumpa lelaki kacak lagi bergaya secara langsung atau tidak langsung  ketika i bekerja. Tapi sayang, kerana kebanyakan dari mereka ini pelik! Nak tahu kenapa i cakap mereka pelik?

Salah satu sebab yang menyebabkan mereka pelik adalah mereka bertindik. Mungkin ak ini gadis kampung yang tidak mengikut trend dan menjadikan ini satu isu yang besar. Tapi, sedarlah wahai lelaki & jejansss diluar sana, korang dah ada ''good package''  untuk jadi suami-suami yang baik dan ayah-ayah yang hensem tapi kalau tak bertindik lagi terbaik kot! I bukan nak menunding jari kepada semua lelaki kacak atau tidak kacak ini bertindik, cuma ada segelintir je yang macam tu.  Apa yang korang buat itu salah. Dalam hukum islam pun ada memberitahu kita bahawa lelaki tidak boleh bertindik atau menyerupai perempuan.

Jika seorang lelaki bertindik, ia tidak dapat menjadi wali apabila anaknya hendak kawin. Tetapi dapat kah seorang lelaki yang bertindik, masuk syurga?

Hukum seorang lelaki bertindik dan menyerupai perempuan adalah haram dan berdosa besar. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Lelaki tidak boleh menyerupai perempuan dan perempuan tidak boleh menyerupai lelaki". Orang yang melakukan perkara fasik iaitu melakukan dosa-dosa besar atau berterusan melakukan dosa-dosa kecil dan kemaksiatannya melebihi ketentuannya kepada Allah adalah tidak layak menjadi wali nikah kerana satu daripada syarat mejadi wali itu ialah adil. Bagaimanapun jika orang itu bertaubat daripada perbuatannya itu maka haruslah baginya menjadi wali. Segala amalan baik yang dilakukan didunia akan mendapat balasan di akhirat kelak.InsyaAllah. 

[7:23]

They said: "Our Lord! We have wronged ourselves.If You do not forgive us and have mercy on us, we shall surely be among the lost.'

sumber: Hincik Google

Semenjak i bekerja ni, boleh dikatakan setiap hari i akan jumpa lelaki macam ni. Dari pemerhatian i, kebanyakan dari mereka suka bertindik dekat hujung bibir bawah dan bertindik hujung kening. Diorang ni tak sakit ke bertindik tempat-tempat macam tu? I yang bertindik dekat telinga pun rasa sakit kot. *Pernah juga suatu ketika dulu ketika i masih dalam belasan tahun, zaman sekolah menengah nak bertindik  atas hidung, konon-konon nak ikut bintang Bollywood dan trend masa tu lar kan? Tapi entah macam mana Allah masih lagi sayangkan i masa tu sampai hajat itu dikuburkan begitu sahaja. Cuma ada beberapa orang kawan sahaja yang mengikut trend tu sehingga ke hari ini.

Maybe kebanyakan dari lelaki bertindik ini nak kelihatan stylo dan macho kot boleh pakai subang macam awek diorang tu! Entah-entah beli subang pun buy 1 free 1 lepas tu share dengan awek! Haha.. gila saving! Lepas ini, ak nak suruh boyfriend ak pakai subang jugak lah macam tu, baru nampak macam "LOVE DOVEY" pakai subang sama dengan ak, auuwwww...:) *giler tak senonoh nak suruh ikut benda tak elok macam tu! Nauzubillah.

Satu lagi cerita pasal lelaki  i yang selalu jumpa adalah golongan yang lembut persis bak sutera atau lebih dikenali sebagai "jentayu". Golongan macam ini pun berlambak i jumpa masa tengah kerja. Tengok pakaian, perghhhhhhh.... sebijik macam perempuan! Kalah mak, dengan korang nie nok! Terasa diri ini tercabar bila korang pakai heels g pasar, sedangkan ak hanya pakai selipar tinggalan Jepun je. Tak mampu lar nak "berheels-heels" masa pergi pasar kan?

Bangkitlah dari mimpi dan angan-angan wahai kaum Adam! Tidakkah anda menyedari bahawa golongan anda lebih sedikit dari golongan Hawa, di akhir zaman ini? Anda semua sepatutnya merebut peluang ini untuk memilih perempuan-perempuan yang baik untuk dijadikan seorang isteri. Sebab anda banyak pilihan kot, bukan macam kami dah tak banyak pilihan. Rugilah kalau tidak berbuat begitu dari sekarang. 

p/s: Kita semua masih lagi ada peluang untuk berubah dan bertaubat selagi kita bernyawa dan selagi matahari tidak terbit dari Barat. 
~Yang baik datangnya dari Allah, dan yang buruk itu datangnya dari kelemahan diri kita sendiri.~

No comments:

Post a Comment