Monday, August 8, 2011

Peringatan Kepada Semua Sahabat

Assalamualaikum kepada semua kaum muslimin dan muslimat tidak kira dimana saja anda berada. Semoga anda semua sihat sejahtera. Bagaimana dengan puasa tahun ini? Diharap kita semua masih diberi kesempatan untuk melakukan rukun islam yang ke 3 ini dengan sempurna. Bersyukur kepada Allah kerana sehingga saat ini, kita masih lagi bernyawa dan berpeluang untuk mengerjakan ibadah di bulan yang mulia ini.

Entri kali ini adalah peringatan kepada semua sahabat seislam saya, semoga kita sentiasa mengigati hari kematian kita tidak kira tua atau muda. Janganlah kita terlalu leka dengan nikmat duniawi yang hanya bersifat sementara sehingga kita alpha kepada dunia akhirat yang akan kekal selamanya. Oleh itu, marilah kita sama-sama ingat mengingati sesama kita bersempena bulan yang mulia ini. Tidak salah jika kita berkongsi perkara yang baik dengan orang lain. Mana tahu, entri saya ini mungkin sedikit sebanyak dapat memberi keinsafan kepada semua sahabat.

Sebuah hadis Nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Abbas r.a, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya,

"Bahawa malaikat maut memerhati wajah setiap manusia di muka bumi ini 70 kali dalam sehari. Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, didapati orang itu ada yang sedang gelak ketawa.

Maka berkata Izrail: Alangkah hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah Taala untuk mencabut nyawanya, tetapi dia masih berseronok-seronok bergelak ketawa."

Manusia tidak akan sedar bahawa dirinya sentiasa diperhati oleh malaikat maut, kecuali orang-orang soleh yang sentiasa mengingati mati.

Golongan ini tidak lalai dan sentiasa sedar terhadap kehadiran malaikat maut, kerana mereka sentiasa meneliti hadis-hadis Nabi s.a.w yang menjelaskan mengenai perkara-perkara ghaib, terutama mengenai hal ehwal mati dan hubungannya dengan malaikat maut.

Setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati sebagaimana firman Allah SWT:

“Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, ”
(Al-Imran :185)

Jadi bermula hari ini gunakanlah peluang yang berbaki untuk beramal soleh, berazamlah serta panjatkan doa agar kita mati dalam keadaan Husnul khatimah –

seelok-elok Kesudahan/kematian” dan mohon juga dari Allah dijauhkan kesudahan yang tidak baik.

1 hari = 24 jam = 1440 minit
1440 minit / 70 (ziarah Izrail) = 20.571 minit.

Ini bermakna malaikat maut menziarahi kita setiap 21 minit, Subhanallah.. Allahu Akbar.

Dari Allah kita datang dan kepada-Nya kita dikembalikan.. ~Nauzubillah~

sumber diatas dari: Hincik Google!


p/s: Harimau mati meninggalkan belang. Tapi kalau kita mati, apa yang akan kita tinggalkan? Adakah 10 buah rumah bunglo, 10 buah kereta mewah dan wang berjuta ringgit yang akan dipandang oleh Allah S.W.T atau amalan-amalan yang pernah kita lakukan ketika masih bernyawa ini? -Allahuakhbar-

2 comments:

  1. terima kasih HZ!! Cpt2 update entri baru taw, dh lame tunggu kemunculan anda..;)

    ReplyDelete