Sunday, August 14, 2011

Seharian Bersama Kengkawan

Semalam seharian ak keluar dengan kengkawan dekat Melaka nie. Ktorang keluar dalam pukul 12.30 sampai rumah dalam pukul 1 pagi kot! Perghh.. 12 jam lebih keluar semalam. Sampai je rumah terus mandi dan terbongkang sampai ke pukul 1 balik. Sahur dan subuh tadi lebur, melampau betol.

Nak dijadikan cerita, 1st time ak dapat surat cinta daripada MBMB, lahanat betul!! Padahal semalam ak parking kereta belakang DP tu da pukul 3 petang, sepatutnya tak payah bayar lar kan? Sebab, ak tengok signboard dekat situ kalau da lebih pukul 1 tak payah bayar parking. Sialan kan? Tak pasal-pasal, rugi 30 hinggit duit mak bapak ktorang kena bayar menatang saman tu, sobss..:( 

Lepas stress pasal saman tu, ktorang ke Umbai berbuka puasa dekat situ. Sampai sana dalam pukul 6, order makanan dan book table semua ktorang pergi pantai. Tak sure apa nama pantai tu, tapi dekat Telok Emas. Sampai situ, ktorang terus berfeeling-feeling ala model "TAM-TAM" tengah photoshot tepi pantai dengan gaya sekor-sekor da macam ikan belacak yang tengah landing dekat batu sambil tunggu azan maghrib...:)

Ktorang berfeeling-feeling dekat situ sampai pukul 7 then gerak p kedai makan tadi. Buka puasa, borak-borak semua, terus gerak pergi MC beli tiket ak nak balik rumah rabu nanti. Nasib baik ada taw! :) Ingat lepas beli tiket ktorang nak pergi jenjanlan Jonker Walk dan bersesak-sesak dengan ragam manusia dekat situ sambil usha jejaka kacak! Mana tahu dapat selisih bahu dengan Zack Zulkhairi ke Ayeem Ayam ke dekat situ kan? Tapi, cancel plak! *Nasib baik sangat lar kalau jumpa retissss dekat situ wei!

Setelah niat ke Jonker cancel, ktorang decide pergi pasar malam Taman Chempaka je depan Melaka Central tu. Ramai gila orang dekat situ, gaya nya dah macam malam raya, semua orang sibuk pilih baju raya, tudung raya, biskut raya, dan macam-macam lagi. Golongan mak-mak, akak-akak plak sibuk duk berebut handbag Coach yang berharga 40 hinggit ak tengok. Mana nak cari Coach 40 hinggit nie? Kalau Coach ori, mau pergi seribu dua bai! Golongan bapak-bapak dengan muka bosan kena dukung anak kecik terpaksa tunggu bini masing-masing tengah menggila pilih beg pirate tu..:)

Ktorang hanya jalan-jalan tengok ragam manusia je sebab duit dah habis melabur masa pergi Dataran Pahlawan dan Parkson Ayer Keroh. Masa duk pusing situ jumpa kedai biskut raya yang best, terus ak beli! Wala wei, biskut aiskrim nie favourite ak time raya lar! Murah je biksutnya, 1 bekas 16 hinggit. Dah lar sedap! Kiranya berbaloi lar jugak beli biskut tu. 

Masa berlalu dengan pantas sampai tak sedar dah sejam lebih dekat situ. So, ktorang decide pergi kampung Morten plak. Sampai sana, sekor-sekor terus feeling-feeling model lagi. Excited giler pergi kampung tu, sebab kampung nya sangat cantik! Sumpah tak tipu kali nie! Punya lar sekor-sekor excited macam semua 1st time sampai situ. Padahal nie kali ke 10 pergi situ dan berphotoshoot di kampung tu. *Sengal je! 

feeling raya dekat Dataran Pahlawan


muka "comel" depan rumah kotak!


model TAM-TAM di Crystal Bay


1,2,3 jump baby jump!


gaya tak bebas sangat!


sarah & ador muka excited tunggu azan


candid by ador


di hadapan mercu tanda kg MORTEN


salam "olok-olok' depan rumah orang


rumah & tangga tu bertambah cantik sbb ak,soba,ador & sarah jd model ny! =P


ador, menjadi model kg.MORTEN secara tidak rasminya.=)


keunikan rumah di kg.Morten


kami bangga menjadi rakyat Malaysia!
Dalam pukul 12  ktorang keluar dari kampung tu. Masa OTW balik kena tahan pulak dengan abang polis yang tak kacak sangat. Paling tak boleh blah, dia suruh semua keluar tunjuk ic. Kot-kot ada yang bawah umur sebab da pukul 12. Apa ke bangang nya bang, ktorang semua da lebih 18 tahun  lar. Agak menggelabah jugak masa dia suruh benti nak tengok lesen dan ic ak tu. Adoi, banyak betul masalah masa keluar semalam. Tapi, alhamdulilah semuanya selamat sampai ke rumah pukul 1 pagi tu.

No comments:

Post a Comment