Thursday, August 25, 2011

Telefon Rumah Paling Bermakna Di Zaman Old Skool.


Macam dah lama sangat ak tak menaip dekat sini. Eh, tak ada lar lama sangat. Baru 3,4 hari kot. Tak sempat lagi cicak nak berkhalwat dekat blog ak nie. Biasalah bila berada dekat rumah ak jarang on9 sebab rumah internet rumah ak dah kena terminate dengan si Telekom SAYANG, ouchhh!  Ak dah suruh mak ak sambung balik internet tu bila ak cuti lama nanti. Boleh mati kebosanan jugak tak ada internet zaman nie kan? Zombie kampung pisang lagi update dari ak kot sekarang nie!*SIGHHHH

Kalau lima, enam  tahun dulu tak kesah pun intenet ada ke tak. Yang penting ada telefon rumah dah cukup bagus lar tu. Malam-malam bila mak ak dah tidow boleh lar bergayut dengan boypren kita tu! Sebab telefon rumah ke telefon rumah kan murah sket. Kalau guna handphone rugi kredit plak! Nak kena topup semua kan? Kalau asyik mintak duit topup je memang kena maki dengan mak ak lar!  So, kalau guna telefon rumah, bil tinggi pun mak yang bayarkan. Hah, satu lagi kelebihan guna telefon rumah ni, bila keluar bil nombor  telefon rumah yang kita call takkan ada dalam list. Melainkan guna telefon rumah call ke nombor handphone. Yang tu selalu kantoi jugak dengan mak! Alih-alih nombor handphone yang sama je keluar setiap bulan dalam bil. Memang kena bebel dengan maa untuk seminggu!

Huh, tetiba rindu plak nak guna telefon rumah untuk berfeeling-feling dengan boypren! =) Adeih, rindu nya zaman old skool cenggitu. Korang rasa ada lagi ke orang bergayut dengan boypren diorang start pukol dua puloh satu sampai ke bunyi  ayam berkokok sekarang nie? Ak rasa kalau ada pun setakat cakap kejap-kejap je kot! 

Actually, best jgak zaman guna telefon rumah nie. Masa tu aku tengah mabuk bercinta dengan boypren. Baru nak kenal-kenal masa form 5 tu! Masa tu gadoh pun jarang-jarang. Siot je kan?? Sumpah ak rindu zaman tu!! Kalau siapa yang merajuk dia yang akan call orang tu.  Tapi selalu nya yang akan merajuk boypren ak lar. Sweet giler! Nak pujuk pun amek masa satu malam kot! Lepas tu esok nya bila dah okay, ktorang akan dating dekat kedai makan depan sekolah ak before kelas tambahan. Oh, nama kedai tu, “kedai kuning”. Masakan paling best dekat kedai tu kuey tiaw lakna.
 
Kekadang bila kelas tambahan dia cancel, dia akan mesej ak nak suh dia jemput ke tak bila ak habis kelas nanti. Perghh tergedik-gedik ak dalam kelas kalau dia mesej nak ambik. Bukan selalu dia nak mesej macam tu. Lagipun ktorang kan sekolah lain-lain. So, bukan setiap hari lar dapat  jumpa. Ak rindukan zaman old skool tu. Rindu sangat-sangat!!!

Ak rasa perenggan atas nie tak ada kena mengena langsung dengan tajuk entry tu.Tapi ak nak cerita jgak! Sebab ak tengah 'teremosi' giler minggu nie! Sobbs.. But who care?? This is my blog, not yours nut!

No comments:

Post a Comment