Monday, September 12, 2011

Akhirnya, kami berjaya!

Touch, touch, touch! Finally, we did it! Alhamdulilah setelah 3,4 hari berhempas-pulas akhirnya event final project telah berakhir. Perasaan bangga dengan diri sendiri dan kawan-kawan yang sama-sama bekerja keras menjayakan event nie berbaloi giler sebab kami berjaya masuk dalam Malaysian Book Of Record (MBOR) untuk Street Gallery terpanjang di Malaysia iaitu 300 meter panjang dengan 38 250 keping gambar. Masa tampal-tampal gambar tu, ktorang dah macam buruh paksa, semalam tak tidur kot. Dengan hujan renyai-renyai pagi sabtu tu. Sayu giler kot time tu, semua orang dengan muka tension.

Ktorang hampir patah semangat masa pagi sabtu tu, tapi atas galakan dan semangat dari penasihat projek iaitu Miss Mai, ketua projek Anep dan semua krew ktorang yang lain akhirnya kami berjaya mengatasi semua masalah tu.

Sedar tak sedar, akhirnya ak dah PART 6 taw! PART 6 u'olls!! Makna nya, tak sampai sebulan lagi ak akan meninggalkan Melaka! Oh, bye Melaka! Anda telah meninggalkan pengalaman pahit dan manis yang tak boleh dilupakan. Ia akan menjadi sebahagian kenangan dari hidup ak. Dulu, tak sabar-sabar nak tinggal kan Melaka kan? Tetapi hari ini ak tetiba touching nak tinggalkan Melaka sebab dekat sini lah ak berjumpa dengan kawan-kawan baru yang giler-giler macam ak jgak. :)

Hari berganti hari, tinggal 8 hari saja lagi untuk melangkah ke tarikh 20 September. Masa tu, ak ada final exam dan ia merupakan kali terakhir ak akan ambil exam ketika diploma, insyaallah ini LAST! Ya, ak sangat pasti!! Ak harap exam lepas nie semasa ak da kat degree. Amin, mudah-mudahan ak berjaya mecapai impian ak dan impian mak ak. Rindu MAA! :(


No comments:

Post a Comment