Tuesday, September 6, 2011

Mari Berkabung

Setelah lama bercuti panjang dari mengupdate blog dan bercuti raya akhir nya ak kembali berada di Melaka. Lupakan pasal cuti-cuti sebab ak tiada mood langsung untuk bercerita pasal raya atau cuti untuk enrty kali ini.  Okay, buat masa ni, ak nak berkabung selama 40 hari bermula dari 3 September yang lepas.

Kenapa ak nak berkabung??? Hmm..bukan sebab anak cacing ak mati kepanasan atau anak ikan ak dah masuk sungai balik, tapi korang akan paham bila baca entri ak sampai habis. 

Tick-tock, tick-tock, begitu pantas masa berlalu akhirnya ia sampai ke penghujung episod. Seperti yang dijangka sebelum ini akhirnya ia terjadi. Pelbagai perasaan yang ak rasa buat masa sekarang sehingga ak tidak tahu apa yang ak rasa.

Tapi hanya tuhan je tahu macam mana rasanya bila ia terjadi. Sedih bukan kepalang, bagai kucing kehilangan anak. Tiada tempat untuk ak meluahkan segala rasa yang sedang bermain di benak hati ak. Cuma air mata dan air hidung je yang menjadi peneman sejati saat ini.

Barangkali cukuplah kali ini ia menjadi pengajaran buat ak dan cukuplah air mata ak mengalir selama beberapa hari ini. Tiada apa yang perlu disesalkan, tiada apa yang perlu perlu ditangisi lagi. Biarlah ia menjadi salah satu bahagian dalam diari hidup ak. Ak tahu, hanya masa yang dapat mengubah semuanya. Ak tidak akan pernah menyalahkan sesiapa, kerana ak juga tidak sempurna dan banyak kekurangannya. Kita anggaplah ia sebagai ujian dari Allah S.W.T

p/s: Kita selalu alpha, sehingga tidak menyedari bahawa kita sedang mengabaikan perasaan orang-orang yang berada di sekeliling kita. Selalunya, kita akan sedar bila kita sudah kehilangannya. Itulah karma kehidupan dan begitulah yang terjadi pada ak
TERIMA KASIH UNTUK SEGALANYA...

No comments:

Post a Comment