Thursday, October 6, 2011

Hari Terakhir Di Melaka

Ya Allah, Ya Tuhan ku... Baru ak sedar hari ini adalah hari terkahir ak disini, di negeri orang! *Bajet dah macam duduk dekat oversea wei! Hahaha..:) Tapi, serious sedih giler nak tinggalkan Melaka, kawan-kawan, lecturer, mak cik2 cafe, mak cik cleaner, pak guard semua! Perghhh.. meleleh hingus nak tinggalkan Melaka malam ini.

Lepas nie, ak tak tahu bila ak akan ke sini lagi dan akan sampai sini lagi. Kalau bukan ak dapat sambung belajar dekat sini, belum tentu ak akan sampai sini kot! Huhu... Semalam emosi giler masa tengah kemas-kemas barang. Kawan ak, si Soba dan Nas siap nanges-nanges lagi. Mana tak nya, dah tiga tahun duduk sebilik, serumah, tidur sebantal, makan sepinggan, minum segelas dengan diorang! Wei, sedih sangat!! Rindu sangat jalan-jalan dekat sini bila malam menjelma. Jalan-jalan dekat Jonker, makan cendol dekat situ, lepas tu lepak depan kapal Peterpan sambil cakap dengan pakguard sampai pukul 3 pagi, lepak pantai, gelak-gelak, tengok wayang, main bowling, pergi Kota Laksamana makan asam pedas tetel, pergi makan Umbai, lepak Kenang Selalu, lepak D'Nangka, lepak semua cawangan Zubaidah dekat Melaka nie, slepak McD Ayer Keroh, McD Dataran Pahlawan, McD MBMB sampai pukul 4-5 pagi semua kan. Bila kita buat semua tu lagi? Sobsss.. rindu semua benda tu lepas ini. :)

Nas, Soba, Mimie, Ija, Sarah, Myra, Eyna, Ana ak sayang giler dengan korang! Walaupun kita semua pernah bertikam lidah, sentap-menyentap, umpat-mengumpat, tumbuk-menumbuk, tapi ak tetap sayang korang! Korang lah orang-orang yang akan ak rindu nanti. *Tumbuk-menumbuk hiperbola jew. :) Apa yang kita ada hari ini adalah kerana pengalaman semalam. Ak maafkan semua salah silap ak dan halalkan semua taw! 3 tahun kenal korang adalah pengalaman paling indah dalam hidup ak, dan mengajar erti hidup untuk masa hadapan.

Kepasa semua classmate, batchmate, adik-adik yang kenal "Kak Meen" terima kasih semua nya. Ak akan merindui hari-hari ketika berada disini. Rindu orang Melaka, angin Melaka, suasana Melaka, makanan orang Melaka dan semua yang ada dekat sini. Terima kasih segala nya kerana telah membantu ak berdikari di sini selama ini. :)

1 comment: