Wednesday, November 2, 2011

Masih Di Sini?

Setelah hampir tiga minggu lebih ak tak peduli kan belog nie, akhirnya hari ini baru terbuka pintu hati ak nak update balik. Tetiba lar kan rasa macam rugi jgak x update belog nie sebab belog nie macam dah jadi diari untuk ak. Dulu masa sekolah menengah ak tulis semua cerita karut ak dalam buku. Tapi bila dah lepas sekolah kira dah "up" sket ak jadikan MENATANG nie plak sebagai pengganti diari. *Ak tahu, ayat ak OVER, tapi itu ak punya pasal lar kan? Mind your own business Leech!!!

Banyak faktor kenapa ak x update belog, salah satu nya kerana faktor emosi dan masa kot! Ak malas nak update belog ketika ak sangat beremosi sebab ak tahu ak akan tulis segala bagai dari A-Z dan mencarut xpasal2 dekat orang yang ak tengah geram tu. Jadi ak amek inisiatif tak update belog bila jiwa x stabil, haha..:)

Actually jiwa ak xstabil sepenuh nya lagi, tapi kira dah jalan sket lar dari minggu sebelum nie. Walaupun dah hampir sebulan ianya berlalu tapi ak masih lagi merasai kekecewa itu. Ak malas nak ulas panjang2 pasal nie. Memang orang cakap senang jew suruh kita sabar, doa semua tapi sebenarnya ia lagi susah dari buat SPM dulu kot! Kalau benda berkaitan hati sangat susah nak pulih bagi ak. Setiap hari bila ak bangun pagi ak akan berperang dengan perasaan dan bayang ak sendiri untuk melangkah kehadapan. 

Ak tahu memang xberbaloi langsung untuk di kenang, untuk di ingati. Tapi semakin ak mencuba semakin ak terasa perit tu. So, buat masa sekarang ak follow the flow jew! Ak berserah kepada Qada dan Qadar, semua yang terjadi ini ada hikmahnya. Cuma cepat atau lambat je Allah akan bagi tu. Sejauh mana ak pergi, sekuat mana ak bergelak ketawa, tapi pahit itu masih ada dan ak bawa ke mana saja ak pergi. Untuk pengetahuan kau, ak masih lagi disini walaupun beribu batu ak lari dari bayangan kau! Separuh jiwa ku mati.. :(

No comments:

Post a Comment