Saturday, February 18, 2012

Seharian Di Takbai

Hurmmm.. korang pernah pergi oversea tak? Mesti ramai yang dah pergi oversea kan? Korang pernah pergi mana? Cerita lah sket. Mesti korang pernah pergi London kan? Ke Italy? Paris? Or Mekah? Untung lah kalau dapat melancong ke oversea kan? Cakap-cakap pasal oversea nie, ak pun pernah! Eh, jap! Takbai kira oversea ke? Ke ni over the river je? Huhu.. :)

Actually ak pergi Takbai ni dah lama. Dalam bulan 10 tahun lepas kot. Tapi, baru terasa nak update. Memandangkan mood ak tengah baik. Masa tu ak pergi dengan kawan baik ak dan bf dia. Ak pergi sana dengan bot je, melalui Pengakalan Kubur.  Tambang bot dari Pengkalan Kubur ke Takbai sorang 2 hinggit! Lepas tu dalam 5,6 minit dah sampai dah sana. Rasa nya, nak berak pun tak puas. LOL!

Kami pergi sana semata-mata sebab nak makan dan cuci mata je. Tapi ak ada beli lar kasut sepasang dan beras seguni. Sebab, beras kat sana lain sket. Lebih elok dan tahan lama. Rumah ak memang guna beras dari Siam lah. Harga dia tak banyak beza pun dengan beras tempatan.

Okay, Takbai nie tak banyak beza pun dari Pengkalan Kubur atau Rantau Panjang. Kalau pergi sana semua benda nak beli, tapi Takbai ni lagi murah lar. Kalau orang Kelantan yang tak pernah pergi Takbai atau Golok memang tak sah lar! Sebab sempadan je, hanya sungai yang memisahkan. Jadi sesiapa yang datang Kelantan, korang wajib sampai ke Takbai dan paling penting pasti kan ada pasport. Kalau orang Kelantan tak payah pasport, guna ic je.

Bila dah sampai sini, memang macam- macam nak beli. Selalu nya kaum mak-mak suka beli, tudung or set pinggan mangkuk. Sebabsana memang murah dan designnya pun cantik.  Kaum ayah selalu nya akan mengikut dari belakang sambil menunjukkan muka bosan.. Anak remaja lelaki, plak biasa nya diorang suka beli jersi bola atau kasut futsal. Sebab harganya amat berpatutan.. Ak punya jersi, mesti lah Liverpool!  *Tetiba plak kan? Anak perempuan selalu suka beli handbag atau kasut macam ak! LOL!

Hurmmm... dah malas nak cerita panjang-panjang, nanti tak suprise plak kan? So, korang kena pergi sendiri Takbai nie. Jangan lupa bawak duit banyak-banyak untuk beli kasut dan handbag yang cantik. Heeee... :)

Sempat singgah bundle. * tu boypreng kawan ak

hanya berat badan yang membeza kan kami :)

sempat posing depan nie
heee...

sup perut dgn udang goreng terbaik!

No comments:

Post a Comment