Friday, February 17, 2012

Tidak Seindah Mimpi

Argghhhh... sudah berkurun lama nya xupdate blog ni. Kelihatan sudah bersawang dan bersemak nampak nya. Tetapi tidak mengapa, selepas ini ak akan cuba mengigihkan diri untuk membersihkan nya kembali. Hehe.. :)


Actually nak cakap pasal mimpi ak dua hari lepas nie. Alangkah indahnya mimpi jika ia jadi kenyataan kan? Mimpi hari tu yang paling indah kot setakat ini, walaupun mimpi nie sebenarnya mainan tidur atau kerana kita terlalu memikirkan sesuatu perkara hingga terbawa-bawa ke dalam tidur. Okay, bila ak fikir balik mungkin ada benarnya.

Sebab hari tu, lepas sembahyang isyak entah kenapa ak rasa sedih dan sayu sangat bila fikir pasal jodoh-jodoh nie! So, ak ada berdoalah pasal jodoh nie! *Gedik! Disebabkan tak boleh nak tidur, ak baca ayat kursi 3 kali then ak dengar bacaan yassin dalam fon. Last-last tertidur macam tu je. Yang paling xboleh blah, malam tu terus mimpi indah. Mimpi ak pergi Mekah. Time duk tengah-tengah tawaf depan kaabah ak, ternampak dua orang jejaka yang ak kenal. Eh, jap! Bukan kenal sangat pun mamat dua orang nie, kenal-kenal macam tu je. Tak pernah cakap depan-depan pun.

Okay, yang seorang tu ak baru je duk gosip-gosip pasal dia dengan kak long ak! Dia kawan masa sekolah rendah, budaknya baik dan comel! Dia anak orang kaya, lepas tu pandai plak kan? So ak tak pernah memberanikan diri untuk tegur dia. Tengok jauh-jauh je. *Edeihhhh... kenapa lah ak baru jumpa fesbuk dia kan? Walaupun dah besar, dia still nampak comel macam dulu, ada lesung pipit. Study plak dekat oversea! Rasa macam nak ngorat je, tapi sayangnya dah "in relationship"! Luluh hati ak, time-time tu jgak rasa macam nak removed!Tapi, tak remove pun, acah-acah je. Hahaha.. ;)

Sambung cerita balik, lelaki yang kedua ak jumpa masa tengah tawaf tu seorang blogger! Hah, macam mana? Mampu kau? Jumpa dia nie memang agak xlogik sket, yer lah! Ak siapa, dia siapa wei? Setakat pembaca blog dia je kot! Dan-dan mimpi pasal dia, haha.. lepas nie xnak lah baca blog dia lagi. Boleh macam tu? This is out of my mind! :p

Masa jumpa dua orang mamat nie dalam mimpi, ak hanya senyum dan rasa terkejut je. Tak bercakap pun! :( Kenapa lah dalam alam mimpi pun ak xberpeluang nak bercakap dengan diorang? Hurmmm... xper lah! Mungkin belum tiba masa nya lagi kan? Persoalanya di sini? Adakah salah seorang dari mereka nie jodoh ak?  Kalau betul, best apa? Hakhak... :)

Apa-apa pun, mimpi pergi Mekah nie antara yang paling indah kot! Insyaallah satu hari nanti kalau ada rezeki akan sampai jgak ke sana, Amin!

*Andai benar kau menjadi milik ku, mencintai mu menjadi sumpah ku, namun jika hadir mu hanya satu mimpi, ak rela tidur sepanjang hari.... :))

No comments:

Post a Comment