Saturday, March 3, 2012

22 Itu Nombor?

Dua puluh dua atau 22...Oh, itu nombor bertuah ke? Ermmm.. entah, tak tahu! Tapi hari ini umur aku dah capai tahap tu! Ceitttttt.... aku dah tua! Dah menjangkau 20-an.. Lagi empat, lima tahun nak jadi isteri orang dah nie! HAHAHA.... :) *Kalau jumpa jodoh yang sesuai lah kan?

Apa-apa pun aku bersyukur sangat, sebab mak aku melahirkan aku kat dunia ni 22 tahun yang lalu. Terima kasih maa, terima kasih abah! :) Kalau bukan kerana mereka berdua mungkin aku tidak hadir di dunia ini. Dan aku tak dapat menikmati keindahan dunia yang fana ini.

Sudah 22 tahun aku dilahirkan sebagai seorang hamba di mata maha Pencipta, sebagai seorang anak kepada ibu bapa aku, sebagai seorang kakak kepada adik aku, sebagai seorang adik kepada kakak-kakak dan abang-abang aku, sebagai seorang sahabat kepada kawan-kawan aku. Tetapi apakah jasa yang pernah aku beri kan kepada mereka selama ini?

Jika esok aku tidak lagi benyawa seperti hari ini? Adakah mereka masih mengingati jasa yang pernah aku lakukan? Adakah mereka akan mengingati aku lagi? Atau aku akan dilupakan sehari demi sehari. Apa yang aku harapkan pada ulang tahun kali ini hanya secebis doa dari kalian di luar sana, agar aku diberikan kesihatan yang baik dan akan berjaya di dunia dan di akhirat terutamanya. 

Aku mengharapkan satu perubahan dalam hidup. Dan melupakan segala titik hitam yang pernah hadir dalam hidup aku. Yang sebelum ini pernah muncul hanya untuk menduga keteguhan hati. Setulus hati, aku berharap agar diberi kesempatan untuk berubah sebelum tiba nya ajal. Tiada apa yang diharapkan selain daripada perubahan itu. Pimpinlah aku ke jalan kebenaran, dan jauhkan aku dari zaman kegelapan. Teguhkan lah hati, agar ia tidak lagi tergoda dengan keseronokan dunia yang sementara ini. AMIN..

2 comments: