Monday, April 9, 2012

Bawakan Aku Pergi...

Ehemmm... hai, selamat pagi! Dah berapa hari aku xmengupdate blog kan? Atas dasar kesibukan jadi saya tidak berkesempatan untuk meluangkan masa di sini, huhu... :) Oh, antara faktor kesibukan yang sedang dihadapi aku adalah, disebabkan penat, ada training cheer leaders untuk SUKOL, training dikir barat untuk blok 4A, window shopping sana sini, dan sbg! Kesimpulannya, ak sibuk bukan sebab study tapi banyak aktiviti luar. Hiiiiiiiiii.. :p

Sebelum itu, tajuk entri dekat atas tiada kena mengena dengan tajuk lagu yang kena baned tu! Adoi, kesian Malique kan? Dia penat pikir lirik siang malam, tup-tup kena baned pulak lagu nya! Lepas tu, Zizan pun macam terasa jgak tempias nya walaupun dia hanya menyanyikan lagu tu. Kadang-kadang aku terfikir jgak, kalau artis tempatan buat lagu yang kurang elok sikit lirik nya, terus kena baned lagu tu. Tapi, bila artis luar negara, boleh pulak tembus Malaysia? Lirik diorang lagi teruk kot, itu x dikira dengan video klip yang 18SXyang tunjuk segala bagai! Huh, semakin xfaham macam diorang menilai sifat kesopanan dan kesusilaan itu.

Memang ilmu aku tidak mencukupi untuk membahaskan isu ini, tapi aku agak kecewa lar bila lagu tu kena baned. Sebab, Malique cakap lagu tu dia tulis untuk isteri dia kan? Apa kena-mengena dengan masalah sosial yang terjadi dekat negara kita nie? Sebelum lagu tu keluar, orang lari rumah jgak kan? Masalah sosial dah berlaku. So, bila dah baned lagu tu, orang dah xlari rumah lar? Masalah sosial dah selesai ke? Okay, xfahammmmmmmmmmm......!!!

Sebelum aku beremosi dengan lebih parah, baik aku berhenti di situ je! Bawakan aku pergi........... dari sini, hari jumaat ini. Tolong lah! Aku dah xtahan rindu mak, rindu adik dan anak-anak buah. Dah sebulan seminggu kot, xtengok muka mereka. Dah rindu sangattttttttttttt nie! Rasa emosional dari semalam kot walaupun aku "sibuk" kan? Heheh... :)
P/S: Wahai, orang-orang kampung, dan rakyat jelata yang setia, tunggu lah beta sampai hari jumaat nanti! Yahoooooooooo... :))

No comments:

Post a Comment