Sunday, April 1, 2012

Negeri Di Bawah Bayu

Hai dan apa khabar? Korang sedar tak hari ini 1 April? Teringat zaman-zaman sekolah dulu, bila sampai jew tarikh ni, mesti ktorang akan kenakan sesiapa, konon lah "APRIL FOOL" kan? Aku pun xterkecuali dari terkena usikan bodoh ketika 1 April. Hurmm.. rindu nya zaman sekolah menengah. Zaman perkembangan dunia bagi den, hakhak.. :)

Dua bulan sudah berlalu, tapi aku "baru sempat" dan ada mood nak bercerita tentang negeri di bawah bayu. Sebulan seminggu dekat sana terasa macam setahun.Oh lamanya masa berlalu, bisik hati saat bangun pagi. Agak bosan disana walaupun setiap hujung minggu aku keluar pusing-pusing. Tujuan utama aku pergi sana sebenarnya bukan untuk melancong semata-mata, tapi aku pergi sana sebab "kak long" mintak tolong jadi "babysitter" untuk sebulan sementara dia mencari bibik!

Masa hari pertama dan kedua dekat sana aku hampir demam dan sakit kepala mungkin di sebabkan cuaca yang panas dan hujan. Yang ak paling "awkward" bila pukul 6.30 petang dah masuk waktu magrib, pening jgak lar. Terasa perbezaan waktu yang agak ketara, sebab bila pukul 9 malam kedai-kedai dah tutup, kereta pun dah xbanyak dekat jalan. Macam bandar koboi jgak lar dekat sini.

"Sandakan Memorial Park" nie depan perumahan kak long je!

Makanan dekat gerai "Pasar Tamu Sandakan"

Cucur jagung yang kak long pegang tu BEST!

Soto Makasar nie pun bleh tahan.

orang Sabah nie agak permbersih dari tempat ak kot!

datang sini jangan bawak duit banyak2, nnti rambang mata!

Bercerita tentang makanan di Sandakan, ermmmmm.... kebanyakannya tak best! Lepas tu, dah lar mahal! Kalau nak cari kedai makan, memang kena betul-betul tahu tempat yang best! Dekat Sabah ni kalau bab seafood, memang murah berbanding Semenanjung terutamanya lauk udang dan sotong. Tapi kalau order lauk ayam, memang mati-mati dia cekik darah harga makanan tu. Dekat sini ramai sangat orang asing terutama mamat Indon dan Philipino! Tak sama dengan Sarawak, orang asing xseramai di sini kot! Jadi, nak jalan pun xberapa selesa, macam takut-takut walaupun di negara sendiri.

Setiap hujung minggu, ada pasar pagi dekat tengah-tengah bandar Sandakan nie. Masa dekat pasar nie lah korang boleh jumpa pelbagai etnik di Sabah dan benda-benda yang jarang kita jumpa di Semenanjung. Paling comel, bila korang berada di atas kereta sambil menunggu traffic light di tengah bandar depan Maybank, akan ada "abang-abang gantang dan kanak-kanak" menunjukkan sign "OK" kepada anda. 

Bila mereka berbuat begitu korang jangan perasan sangat ingat dia nak mengurat korang kay? Tapi itu menunjuk kan sign, ada telur penyu. So kalau korang nak beli, hanya perlu berhentikan kereta dan penjual-penjual itu akan datang terus tanya nak berapa biji dengan bagitau harga nya sekali. Hah, memang xkan jumpa cara penjualan sebegini berlaku di tempat aku. Yer lah, mana nak dapat telur penyu kan? Kalau dekat Terengganu ada lar, dekat pasar Payang tu. Tapi sekarang ak xsure ada lagi ke x orang jual telur penyu dekat situ sebab penyu sekarang telah di wartakan sebagai haiwan terlindung kerana di ancam kepupusan. Kesian penyu, sobssssssss... 

Lupa nak cakap apa yang best dekat Sandakan ialah dia banyak mutiara dan pulau-pulau yang CANTIK! Masa ak pergi Pasar Tamu Sandakan, perghhhhh.. memang rambang mata nak pilih mutiara dekat situ. Apa yang aku boleh cakap, kalau bawak duit segantang pun boleh habis sebab semua nak beli taw! Design nya, semua cantik weiiiiiiii. Dalam 4,5 ratus jgak duit habis beli benda-benda kecik macam tu baru puas hati sebab masa nak balik hari tu, duit ak tinggal 20 hinggit jew dalam purse! Haha...

Insyaaallah, kalau ada rezeki bulan 9 aku akan ke sana lagi. Kali nie aku bukan pergi seorang diri, tapi dengan die sekali. Ktorang nak pergi Kota Kinabalu lepas tu ke Sandakan sebab nak pergi Pulau Mabu dengan kak long skali. Heeeee, xsabar taw! :)

No comments:

Post a Comment