Friday, April 6, 2012

Yayasan Sukarelawan Siswa Bersama PM

Hallo, guten morgan! Tiga minggu lepas berlangsung nya majlis perasmian Yayasan Sukarelawan Siswa (YSS) bersama PM di sini. Semua wakil-wakil pelajar dari IPTA & IPTS seluruh Malaysia datang taw! Jalan nak masuk UiTM dari pukul 4 petang dah start jem walaupun majlis tu bermula pukul 8 malam. 

Setiap kolej kena menghantar 300 orang wakil. Dan untuk setiap wakil, mereka akan mendapat kupon untuk duduk kolej semester depan dan dapat t-shirt untuk pergi majlis tu. Hah, korang nampak x taktik diorang? Pandai memancing kan? Hoho.... :)) Mula-mula aku xnak pergi majlis tu, tapi bila semua kawan aku pergi, mula lah ak tergedik-gedik nak pergi jgak kan? Yer lah, diorang cakap dapat cuci mata, tengok siswa-siswi universiti lain kan? Hahaha... suka bab tu! :p

Sambung cerita balik, last-last minit ak pergi jgak majlis tu walaupun xdapat t-shirt tu. Selamba je ak pergi pakai baju biasa, bukan diorang kisah pun, sebab beribu kot dekat dewan malam tu. Xkan lar polis nak check sorang-sorang kan? Lagi pun semua nya student, xkan bahaya lar. 

Masa majlis tu, PM menyeru semua mahasiswa-mahasiswi menjadi sukarelawan untuk negara kita. Yer lah,  bila lagi kita nak berbakti pada negara kan? Lagi pun masa kita muda lar kita banyak peluang untuk buat semua tu. Nanti, bila dah kahwin susah plak nak bagi komitmen dengan benda-benda macam nie

Kesimpulan yang ak buat pada malam tu hanya satu, kalau bukan kita yang berbakti, nak harap kan siapa lagi kan? Mak ayah kita? Ke atuk nenek kita? Cukup lah, kerana mereka sudah melakukan semua itu dulu. Jadi, sekarang lah masa untuk kita menggantikan tempat mereka. Kerna.... KITA ADALAH PEWARIS BANGSA! Jadi, malam tu ak terus daftar untuk jadi sukarelawan negara, hehehe... :)


Ktorang kena duk luar je, sebab bagi priority utk wakil pelajar dari universiti lain duk dalam dewan! :(

sebelum balik, ada sesi photoshoot! :)

UiTM di Hati Ku SANGATTTT!

Gaya terbang xmenjadi! :p

No comments:

Post a Comment