Monday, June 11, 2012

Dian Pelangi Malaysia & Gradian Fashion Show

Selamat petang teman-teman semua nya. Di harap kalian sehat-sehat aja. Gue mau cerita tentang aktiviti gue, hari jumaat lepas. Gue telah dijemput ke "Dian Pelangi Fashion Show" oleh penganjur iaitu Gradian. Wah, gue begitu berbangga kerna gue dapat duduk di kerusi "LUCKY 104" jadi ceritanya, gue boleh duduk di kerusi depan runway lah. *Boleh x nak cakap bahasa Malaysia balik? Dah xreti lar nak cakap indon. Tadi feeling2 jew sebab Dian tu asalnya dari Indonesia.  

Aku dan Soba (kawan baik) sampai sana pukul 3.10. Masuk register dan posing-posing depan red carpet kejap, maka majlis pun bermula pukul 3.30. Antara yang hadir hari tu, dekan Fakulti Masscom, lecturer, VVIP yang ala-ala mak datin yang aku sendiri tak dapat kenal pasti siapa mereka, Pija Mentor, Farah Yassin dan adik dia, Rina Salleh, geng-geng blogger dan yang paling dinanti adalah Dian Wahyu Utami.

Dian adalah seorang pereka fesyen dari negari seberang, iaitu Indonesia. Dia nie sangat tinggi, putih, dan cantik! Nampak perfect! Jenama Dian Pelangi nie baru saja menembusi negara kita, jadi senior-senior aku dari major Advertising telah memilih Dian untuk mempromosi kan jenama nya.

Majlis bermula dengan bacaan doa, kata-kata aluan dan blah..blah..blahh. Lepas tu, tiba saat kemuncak bila pertunjukan bermula. Perghhh.. design dia unique ala-ala gipsy dan tema nya of course lah RAINBOW kan? Lepas dua pertunjukan fesyen. Dian Wahyu Utami sendiri telah membuat tutorial cara-cara memakai selendang dan tudung macam model dia pakai masa runway. Masa tengok dia ajar kan senang giler, tapi bila aku balik praktik dekat bilik xjadi pun! Mak, geram nok!

Bila dah settle tutorial, jadi berakhirlah majlis petang tu. Maka, masa yang di tunggu-tunggu telah tiba bila di suruh makan. Heeee... :) Masa tengah makan, ktorang dihibur kan oleh kumpulan Sepi Band, yang semua nya terdiri daripada lecturer fakulti Business! Letopss jgak lecturer diorang nie! Dah siap makan-makan, aku dan kawan aku diajak untuk join sesi bergambar untuk majalah Hijablista.  Phewwwww3x... :)


Kak Ami & Kak Anna Joe

Nervous duduk sebelah blogger pemes!

tema: COLOR BLOCK

hewww...

I'm lucky 104! Kau adoo?
#Jadi sesiapa yang berminat nak tengok fesyen hari tu, kena beli majalah tu bulan depan. Tengok, muka aku ade ke x? Hahaha.. :p 

          K, bubye alligator! :)

No comments:

Post a Comment