Wednesday, June 6, 2012

Rindu Nak Carut

Alahhhhhh.... rindu nya nak carut! Carut, carut, carut, carut, carut! Hah, kan dah puas hati mencarut! Rindu serindu-rindunya dengan perkataan itu, haha... Rindu nak carut dekat blog nie, macam aku rindu boyprengggg aku dah! Dalam perkiraan, lebih kurang dua minggu jugak aku xmencarut, xmerapu di sini bukan? 

Barangkali faktor kesibukan dan faktor "buat-buat" sibuk yang telah membuatkan aku tidak sempat untuk mencarut di laman sendiri. Banyak cerita yang dah lapuk di telan zaman aku x update lagi dekat sini. Mungkin dalam minggu ini aku akan update cerita-cerita lapuk itu dengan kalian semua ya?

Oh, sementara aku tengah ada masa untuk mencarut nie, aku nak share gambar konvo aku lebih kurang tiga minggu lepas. Perasaan semasa hari konvo tu tidak dapat di ungkapkan dengan kata-kata. Ya, Allah! Hebat nya perasaan itu, patut lah semua orang excited duk tunggu hari tu sebab semua penat lelah, keringat masam manis yang pernah keluar semasa pengajian kita sebelum ini akan dibayar balik dengan senyuman kesyukuran dan kegembiraan. Indah nya hari itu!

itu aku! Yeayyyyyyy.. :)

baru keluar dari dewan mak bagi bunga!

amek gambar studio

saat paling manis dan berharga! Omaigod, aku nak rasa saat nie lagi!

sahabat handai

adik menjadi jurukamera rasmi utk aku, hari itu. Thanks sis. :)

Bagi yang pernah merasai convocation day, mesti korang ada perasaan macam yang aku rasa tiga minggu lepas kannnnn??? Dan bagi yang belum pernah konvo, aku harap pengalaman aku ini akan jadikan korang lebih bersemangat untuk terus belajar. Paling penting, jangan ada repeat paper kalau korang nak konvo pada masa yang telah ditetapkan, hehehe.. :)

Sekian terima kasih,
 *aku dah penat mencarut!

No comments:

Post a Comment