Tuesday, September 4, 2012

Ceritatera Bulan Syawal


Hampir sebulan tidak menjenguk blog diri sendiri apatah lagi blog orang lain. Sejak sebulan dua minggu berada di rumah, feeling untuk “mengupdate” blog dan mengetahui perkembangan semasa kurang diutamakan kerana aku sibuk dengan bisnes secara kecil-kecilan. Eceeeeee...

Dalam bulan puasa hari tu, aku sibuk duk jual biskut raya dengan tudung. Jualan agak memuaskan dan keuntungan yang seciput dapat lar beli barang-barang raya untuk diri sendiri. Semasa cuti semester nie jgak, aku agak berbangga dengan diri sendiri. Ibarat masuk bakul, angkat sendiri lar ceritanya!

baju sama hitam, hati lain-lain

mereka!

raya rumah baby! auwww...

my bff & my sepupu

reunion spm 2007
Aku kurang menyusahkan mak aku masa cuti kali nie. Aku xmintak duit pun dengan beliau. Semuanya duit poket aku sendiri. Itu satu perkara yang boleh aku banggakan untuk pertama kalinya dalam hidup, setelah 22 tahun hidup dekat atas muka bumi nie. *Orang lain dah lama guna duit poket sendiri kan? siap bleh bagi mak ayah lagi setiap bulan. Tapi, aku baru sekarang! It’s so LAME! =p

Kembali kepada tajuk asal, macam mana dengan sambutan hari raya kalian hari tu? Mesti meriah giler kan? Untuk keluarga aku, hari pertama Syawal selepas solat Sunat Aidilfitri, kami sekeluarga makan-makan, lepas tu pergi menziarahi pusara arwah ayah, atuk dan nenek moyang semua.  
Bagi aku, raya tahun ini agak meriah sebab kedua kakak aku sambut raya dekat rumah aku pada hari raya pertama. Raya kedua baru diorang balik rumah mentua. Dan yang bestnya raya tahun ini, semua orang yang ajak aku pergi open house aku pergi taw! Memang xada yang “miss” pun! I’olss betul-betul raya tahun ini u’olss! Walaupun baju raya i’olss xsempat siap! Geram giler tahap gaban dengan tailor tu! Last minit, masa malam raya aku pergi beli baju raya taw!

Okay, dah penat berceloteh tentang raya yang sudah berlalu. Apa kata kita cakap pasal kemerdekaan plak? Dah 55 tahun kita merdeka, tetapi adakah kita benar-benar merdeka? Sedar atau tidak, minda kita tidak pernah berhenti dijajah sehingga ke hari ini. Ada saja pihak luar yang cuba menjajah kita secara halus! Contohnya melalui pakaian, musik dan macam-macam lagi sebenarnya. Cuma kita tidak menyedarinya. Ayuh bangkit lar bangsaku, bangkitlah kaumku kita kekalkan kemerdekaan negara kita. Jangan dibiarkan parasit memusnahkan tanah tumpah darah kita! Oh... Malaysia negara kebanggaan ku!

No comments:

Post a Comment