Wednesday, November 14, 2012

Salam Maal Hijrah 1434H

Assalamualaikum dan salam maal hijrah kepada semua saudara-saudari ku tidak kira dimana jua anda berada. Dikesempatan ini, Meen nak mengucapkan selamat tahun baru. Lupakan segala kenangan pahit pada tahun-tahun lepas dan mulakan hidup baru dengan penuh bersemangat pada tahun ini.
 
Ayuhlah kita sama-sama berdoa kepada Nya semoga diberi kesempatan untuk membuat segala kebaikan dan meninggalkan keburukan dan kehinaan yang lampau. Setiap manusia tidak sempurna dan pasti melakukan kesilapan. Dan biarlah masa silam menjadi ukuran. Masa yang akan bakal menjelma pula akan menjadi sebuah kehidupan yang lebih indah dari kebiasaan. 
 
Sentiasa berdoa dan tawakal kepada Allah adalah salah satu tanda kesyukuran kita kepada maha Pencipta. Ya Allah, permudahkan segala urusan dunia akhirat ku dengan sebaik yang mungkin.
 
*Ya Allah,  jika dia yang terbaik untuk ku, kau dekatkan lah hati dan perasaan kami. Insyallah,  dalam masa 9 atau 10 bulan lagi saya dan dia akan di ijab kabulkan. Amin :)
 
 
 

No comments:

Post a Comment