Saturday, December 29, 2012

Oang yang dikenali sekarang jadi orang asing?

Semua manusia yang kita kenali dekat dunia ini adalah orang asing kecuali family kita. Untuk kali pertama kita berjumpa dengan orang itu, akan timbul satu perasaan "awkwardness" atau "curiosity" yang tegar pasal orang tu akan timbul. Beribu-ribu persoalan kita tentang orang asing itu akan timbul. 

Dan kalau muncul jawapan pun kita lah yang mereka sendiri jawapan tersebut. *Paling aku suka, bila jumpa orang asing yang berlainan jantina (GEDIK Gilerrrrrrr!!!),aku mesti nak tahu dia dah ade awek ke x? Sebab, kadang-kadang aku takut nak berkomunikasi dengan orang asing, mana tahu kang bila tengah syok sembang tiba-tiba kena serang dengan awek dia yang saiko ke? Mana lar kita tahu kan? hahaha.... :p

Sebenarnya, kawan-kawan yang kita kenal sekarang ini juga pernah menjadi orang asing pada mulanya. Masa kali pertama kita jumpa kawan kita, kita xpernah tahu apa nama dia dan siapa dia. Tapi bila dah lama-lama kita bercakap dan saling mengenali akhirnya dia menjadi orang yang kita kenali dan kita telah menganggap orang asing tadi sebagai kawan kita. 

Oh, sungguh mudah orang asing itu menjadi orang yang kita kenali dalam hidup. Dan lihatlah betapa unik nya cara kita mengenali orang asing dan kita menerima mereka. Perasaan itu begitu mudah wujud dalam hati dan sanubari kita kerna ia sememangnya telah  menjadi sifat semulajadi setiap manusia dalam perhubungan.

Tapi, anda perasan ke x bila sesuatu hubungan itu berakhir, ianya sudah menjadi tidak menarik dan tidak bermakna lagi. Dan apabila hubungan itu terlerai, maka mereka kembali menjadi orang asing dan tidak mengenali antara satu sama lain lagi.

And i??? Percaya bila sebuah persahabatan atau satu perhubungan berakhir, kita semua  menjadi tidak professional. Kita akan buat muka "teuer" (dalam bahasa German nya bermaksud mahal) atau dalam Melayu yang mudah, kita akan buat muka berlagak atau ego! Huhhhhh.... memang tidak dinafikan lagi setiap orang mempunyai ego yang tinggi. Dua-dua tidak pernah mahu mengalah kan?

Kita juga akan boikot dia atau abaikan terus dia dalam hidup kita. Seolah-olah kita remove  dia dalam semua perkara contoh paling familiar di zaman teknologi canggih ini adalah kita block dia dekat fesbuk, Twitter, YM dan Skype semua!

Orang dewasa juga akan bertindak seperti kanak-kanak kecil yang hingusan bila bergaduh atau bila sesebuah ikatan itu berakhir. Contohnya, kalau ada buku senarai nama kawan baik atau orang yang kita sayang, kita akan padam nama dia. Kalau ada gambar kita dengan dia, kita rasa nak lukis tanduk bercabang empat puloh empat lepas tu, nak lukis taring lar bagai kan. Hahahhaha.... nampak x betapa bodoh nya tindakan kita ketika itu kan?

Dan setelah kita melakukan pelbagai perkara bodoh tersebut, macam mana kalau tiba-tiba kita ditakdirkan terserempak di dalam kedai roti? *kenapa mesti kedai roti? Hahaha.... :) Atau kita kena berkerja dengan orang asing itu di tempat yang sama? Oh no! What the fishyyyyy kan? Kenapa mesti dia dan bukan orang lain. *bermonolog sendirian.

Disaat itu kita perlu menerima takdir bahawa tuhan cuba untuk menolong kita menyucikan hati kita yang keras dan penuh dengan sifat dendam dan benci itu. Kenapa kita perlu menyimpan semua kebencian dan dendam itu lama-lama kan? Benda yang sudah berlalu kita perlu let it go dan memaafkan mereka.

Namun, jika kita ingin mengekalkan status orang asing itu selama nya, kita teruskan saja. Dan jangan sesekali cuba untuk mengusik kembali segala kisah silam di zaman purba. Biarkan ia terkubur tanpa nisan dan bersemadi sepi. 

 We can destroy all the evidence but we can't erase the memories! 

No comments:

Post a Comment