Sunday, March 17, 2013

Jogging di Tasik Shah Alam

Hai & assalamualaikum...

Heyyyyyyy... petang tadi i pergi jogging dekat Tasik Shah Alam tau! Dan tadi adalah kali pertama i jogging dekat situ, even dah hampir setahun setengah belajar dekat sini! Giler terukkkkkk kan? Nampak sangat i pemalas kalau bab2 bersukan nie bila dah dekat uni. 

I sampai sana tadi dalam pukul 6 petang dengan Farah, Pjo, dan Acik (bakal kakak ipar). Lepas buat warming-up bagai, terus kami terus mula keliling tasik. Tapi semangat nya xde lar membara mana pun, sebab kami banyak berjalan dari jogging kot! Ala, macam join acara jalan kaki jer, sebenarnya. Feeling je lebih-lebih. Hahaha..

Suasana dekat tasik tadi meriah sangat, dan orang pun agak ramai. Nak cari parking pun susah. Masa tengah jogging boleh terlanggar-langgar kalau u'olls x berhati-hati. Even macam tu, ada part yang best kot! Bagi yang masih single, u'olls boleh pergi cari jodoh dekat sana. Sebab i tengok tadi ramai je belia yang gagah perkasa dan cun-melecun lepak dekat sana. Pastu bila orang lalu depan dia, mula lar buat bunyi pelik2. Oh, sungguh tidak fahammmmm. Haha..

#ACIK #ME WEIRDO FACE #PJO #FARAH
Alang-alang dah cerita pasal sukan nie kan? i nak lar share sket pasal sejarah i dolu-dolu. Masa sekolah rendah i aktif sukan jgak lar. I join lompat tinggi dan team bola jaring untuk pasukan sekolah tau! Tapi bila dah masuk darjah 6, i terus berhenti sebab mak i xbagi. Konon lar, mak suruh i fokus UPSR kan? Tapi masa tu, xde lar fokus sangat kalau setakat dapat 2A 3B! Ohhhhh.... malu nya dengan kawan-kawan masa tu! Okay, itu cerita sekolah rendah. 

Masa sekolah menengah plak, masa form 1 dan form 2  i dengan kawan baik i, Farah ade join pasukan badminton sekolah tau. Dan kitorang dapat tempat ke-2 dalam acara beregu masa form 2. Form 3 plak, cikgu ada suruh join jgak, tapi ktorang dah xberminat. Sebab masa tu budak2 tengah nak up kan? Leceh lar join2 sukan, nampak xsamseng lar kan? #samseng lar sangattttttt.

Okay, masa part 4 diploma i ada join bola jaring untuk wakil fakulti. Maklum lar, masa tu xde orang nak join, so nak xnak i pun join untuk cukup kan team. Sedih x? Dalam beribu orang dalam fakluti tu, semua xberminat. I wonder why??? Walaupun team ktorang team tangkap muat je, tapi kira hebat jgak tau,! Sebab kami JOHAN wei, sukan antara fakulti ketika tu. Gambar lepas habis game time tu, i ada simpan lagi kot untuk kenangan anak cucu, nanti. Hehehe... =D

Bila dah degree nie, masa part 3 i join team cheerleaders untuk wakil kolej. Masa tu i terpilih untuk wakil  untuk SUKOL. Punya lar kami training 3x seminggu, hampir 4 bulan. Dan2, bila dah 2 minggu nak bertanding, sekali acara tu dibubarkan macam mana entah. Punya lar kami dan coach kami kecewa. Sebab dah nak g pilih suit semua, kot. Since kejadian tu, i dah malas nak join apa2 aktiviti yang berkaitan dengan kolej. Cuma sekali sekali, kalau bosan  atau tension i pergi gym or main badminton dengan kawan-kawan i. 

Sekian, terima kasih.

No comments:

Post a Comment