Wednesday, March 27, 2013

Throwback Kundasang -Part 1-


Hai & assalamualaikum...

Dah few weeks rasa nya i xupdate blog kan? Okay, malam nie saja nak throwback pergi Kundasang bulan Januari lalu. We'olls pergi 7 orang semuanya. Sampai saja di airport Kota Kinabalu, kami terus ke Kundasang. Walaupun sebelum tu kami ada masalah sket tentang sewa kereta, tetapi plan kami untuk ke sana perlu diteruskan. Perjalanan dari K.K ke Kundasang mengambil masa dalam 2 jam lebih. Jalan nak pergi ke Kundasang agak bersimpang-siur jgak, plus jalan berbukit. Ala-ala jalan dari Kelantan ke Gerik gituuuu lar...

Sepanjang perjalanan, i xdapat nak tidur walaupun agak penat. Kononnya nak menikmati keindahan alam semulajadi. Subhanalllah, semakin dekat dengan Gunung Kinabalu, pemandangan semakin mengagumkan! Kuasa Allah, yang maha Kaya dan Maha Besar, udara plak semakin sejuk siap berkabus-kabus lagi  sebab masa tu lepas hujan. Kami sampai dekat sana pukul 3 tengah hari, tapi suhu masa tu 16 darjah celcius. Kira nya lagi sejuk dari Genting atau Cameron kot.


View Gunung Kinabalu dari chalet kami sekitar 6 pagi.
Bila sampai je di pekan Kundasang, kami terus mencari tempat untuk kami tidur, iaitu diKiram's Village Chalet. Kira-kira dalam 5km dari pekan Kundasang. Chalet nie sangat cantik!!! Serious rasa teruja giler tengok kawasan dia. Rasa nak pindah sini terus, hahaha... :) Peringatan, chalet nie tiada kena mengena dengan pengganas tu, okay?


Ayam bakar dengan madu super sedappp!! 

Dah angkut-angkut barang dan solat semua, kami ke pekan untuk melahap setelah seharian xmakan nasi. Pekan Kundasang nie xbesar mana pun, tapi boleh lar setakat nak beli keperluan asas tu. Kalau nak shopping memang ini bukan tempat nya. Sebab yang paling standard pun KFC, yang baru seminggu di buka masa we'olls sampai sana.

Settle makan-makan dan meninjau pekan, kami balik ke chalet. Malam nya, kami ramai-ramai masak. Dan ketua chef we'olls, Najmi! Dia masak cucur, buat air teh semua. Pastu masing-masing makan megi cup. Sebab, nak keluar ke pekan memang xkan berani lar kot.

Kedai sayur-sayuran segar yang dijual di tepi jalan. Ala-ala dekat Cameron, gituuu lar.
Lepas dinner, we'olls berkaraoke tau! Yang kelakar nya, masa nak pilih lagu, bukan tekan2 dengan remote untuk pilih kod lagu atau artis, tapi semua list lagu ditulis dalam sebuah buku sekolah. Agak tradisional di situ ya? Jadi buku tu akan di passing kepada semua orang bila nak cari kod lagu. Hah, bila u'olls dah jumpa lagu yang korang nak, tulis dalam sekeping kertas dan pergi bagi dekat abang yang jaga pc untuk pasangkan lagu yang di minta. I rasa cara macam nie mesti xada dekat tempat lain kan? Semua manual, you! :p

Dah penat karok dan gelak-gelak bagai, kami balik ke chalet memandang kan suhu makin sejuk! Sampai menggigil bila terkena air. Nak kencing pun kena tahan, bila memikirkan air yang sejuk dan menyebabkan tangan boleh kebas  bila lama-lama pegang air. Heater pun xrasa panas bila suhu terlalu sejuk. Tidur malam, peluk-peluk dengan Farah dan Efa! Bersambungggggggg......................


Berlatar belakang kan Gunung Kinabalu, #6 pagi

view di Kiram's Village Chalet

Sebelum tinggal kan chalet kami.

Sumber gambar dari Najmi. :)

p/s: U'olls nak tahu lagi tempat yang menarik di Kundasang? I akan sambung di part yang ke-2. :)

1 comment:

  1. memang sini best giler kan..rase nak p skali lagik..hehe..follow my blog ya
    www.miyamimayuko.blogspot.com

    ReplyDelete